Syarikat insurans tak tanggung semua kerosakan?

Kadang-kadang ada situasi tertentu yang menyebabkan kita perlu keluarkan duit sendiri untuk tambah bayaran kos baikpulih kerosakan kereta sebab syarikat insurans tak bayar keseluruhan.

Mungkin ada yang pelik kenapa bila berlakunya kemalangan, pemandu atau pemegang polisi perlu tambah duit sendiri untuk bayar kos repair kerosakan kereta walalupun kita ambil insurans komprehensif. Bila jadi macam ni, mungkin ada orang yang akan rasa marah dan tertipu.

Sebenarnya, walaupun kita ada insurans.. syarikat insurans tak dapat tanggung kos kerosakan bila ada “betterment”.

Sabar, sebelum apa-apa kita kena faham dulu apa tu ‘betterment’ dan kenapa anda kena tambah duit sendiri untuk bayar kos kerosakan kereta.

Syarikat insurans tak tanggung semua kerosakan?

Betterment ni apa sebenarnya?

Betterment ni kadar tambahan kos kerosakan kereta yang perlu ditanggung sendiri oleh pemilik kereta masa buat tuntutan di pusat servis franchise pengeluar kereta seperti Honda, Proton, Perodua dan sebagainya.

Tapi… kereta untuk bawah 5 tahun, anda tak perlu tambah bayaran apa-apa, syarikat insurans yang akan tanggung kos kerosakan semuanya.

Betterment ni hanya dikenakan untuk kenderaan yang dah berusia dan warranty yang dah habis. Bila part yang ada kerosakan perlu diganti, pusat servis akan guna barang original kereta.

Bagi bengkel-bengkel di bawah panel syarikat insurans, mungkin ada yang akan guna barang-barang second grade tetapi masih berkualiti. Jadi, syarikat insurans akan tanggung 100%!

Ramai yang rasa lebih selamat bila repair kereta di tempat pusat servis berbanding bengkel-bengkel lain. Sebab itu lah mereka pun sanggup keluarkan duit sendiri untuk tambah kos.

Berikut adalah merupakan peratusan bagi kos tambahan berdasarkan usia kereta:

πŸ‘‰πŸΌ Kereta yang bawah 5 tahun – 0%
πŸ‘‰πŸΌ Kereta yang dah berusia 5 tahun – 15%
πŸ‘‰πŸΌ Kereta yang dah berusia 6 tahun – 20%
πŸ‘‰πŸΌ Kereta yang dah berusia 7 tahun – 25%
πŸ‘‰πŸΌ Kereta yang dah berusia 8 tahun – 30%
πŸ‘‰πŸΌ Kereta yang dah berusia 9 tahun – 35%
πŸ‘‰πŸΌ Kereta yang dah berusia 10 tahun dan keatas – 40%


Kenapa claim insurans ditolak?

Macam mana nak kurangkan premium insurans?

Jangan pandu kereta tanpa insurans!

Apa tu tuntutan kerosakan sendiri knock-for-knock?


Lesen dah expired, nak renew? Klik di sini

Nak transfer ownership kereta atau motosikal? Klik di sini

Nak kira harga roadtax? Klik di sini

Nak check NCD? Klik di sini