Cara nak kurangkan premium insurans kereta yang tinggi?

Bila dah tiba masa nak renew insurans, masa itu lah juga ada kena bayar commitment lain. Insurans kereta pun mungkin sedikit mahal disebabkan premium yang terlalu tinggi.

Semua benda memerlukan duit. Jadi, baca artikel ini untuk tahu cara-cara anda boleh kurangkan harga premium insurans yang tinggi.

KURANGKAN PREMIUM INSURANS KERETA YANG TINGGI

insurans kereta, harga insurans, premium insurans

1. Membandingkan beberapa syarikat insurans​

Premium setiap syarikat insurans adalah berbeza. Jadi, anda perlu bandingkan terlebih dahulu.

Syarikat insurans yang berbeza bukan sahaja menawarkan harga yang berbeza tetapi perlindungan yang diberi dalam pakej insurans pun berlainan.

Sebab itu anda perlu periksa dan tanyakan soalan kepada ejen atau syarikat insurans untuk pastikan anda hanya dapat perlindungan yang diperlukan.

2. ​Jadilah pemandu yang berdisiplin di jalan raya!

Kenapa kena pandu dengan berhemah? Supaya anda setiasa memandu dengan selamat dan tak merbahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Bila anda memandu dengan selamat, tak ada la senang-senang dapat saman polis trafik ke, JPJ ke atau Majlis Bandaraya. Paling penting, kebarangkalian untuk anda terjebak dalam kemalangan adalah tipis!

Tiada kemalangan bermaksud anda tak akan claim insurans dan NCD anda tak akan terjejas. Bila renew insurans nanti anda dapat tebus diskaun NCD!

3. Buat potongan anda lebih tinggi​

Mesti anda tak setuju sebab tujuan adalah untuk kurangkan kos premium tapi asasnya, potongan adalah apa yang perlu anda bayar sebelum mengaktifkan polisi pelindungan insurans anda. ​

Semakin tinggi potongan anda, semakin rendah premium yang boleh anda dapat. Bila pengurangan yang tinggi anda akan dapat .pengurangan sehingga 30-40% bagi premium pelindungan Pihak Ketiga atau pelindungan Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kerugian​

Tapi, ingat! Anda kena ada simpanan yang cukup untuk diasingkan sekiranya terpaksa failkan tuntutan bila anda dah lakukan pengurangan. ​

Jadi, pertimbangkan balik untuk kurangkan perlindungan sebab kebanyakan syarikat insurans akan menaikkan kadar premium untuk kereta yang dah berusia. Ada juga yang tak nak tawarkan pelindungan secara langsung! ​

Fikir-fikirkan!


Kenapa harga insurans berbeza? Boleh baca di sini

Tips untuk beli insurans kereta! Boleh baca di sini

Lesen dah expired, nak renew? Klik di sini

Nak transfer ownership kereta atau motosikal? Klik di sini

Nak kira harga roadtax? Klik di sini

Nak check NCD? Klik di sini