Apa tu Tuntutan Kerosakan Sendiri Knock-for-Knock?

Knock-for-Knock agreement ni adalah perjanjian yang ditandatangani oleh semua syarikat insurans di Malaysia untuk kawal pihak syarikat insurans dari melakukan quid pro quo antara satu sama lain.

Tujuan perjanjian ni adalah sebenarnya untuk pastikan pihak syarikat insurans bertanggungjawab dengan kerosakan yang berlaku pada kereta pemegang polisi mereka. Pemegang polisi tak boleh tuntut pada syarikat insurans lain walaupun mereka yang salah.

Maksudnya, anda sebagai pemegang polisi boleh buat tuntutan untuk kemalangan yang berlaku bukan sebab kesalahan anda sendiri. Jadi, anda boleh buat tuntutan dari pihak insurans atau Takaful tanpa nilai NCD ditolak.

Syarikat insurans akan mewakili anda untuk buatkan tuntutan kepada wakil insurans yang bersalah.

Bila berlaku kemalangan yang tidak bukan sebab kesalahan kita tapi sebab pihak ketiga, anda boleh buat Tuntutan Kerosakan Harta Pihak Ketiga yang agak leceh sikit.

Kita sebenarnya boleh buat Tuntutan Kerosakan Sendiri Knock-for-Knock yang lebih cepat untuk dapatkan tuntutan dan mudahkan semua pihak. Tapi, manfaat ni hanya boleh diterima jika anda mengalami kemalangan dengan kenderaan yang ada insurans komprehensif.

Kalau tak ada, kita akan kehilangan NCD dan lebih baik kita buat Tuntutan Kerosakan Harta Pihak Ketiga.


tuntutan kerosakan sendiri knock for knock

Apa kelebihan Tuntutan Kerosakan Sendiri Knock-for-Knock?

Ada dua jenis Tuntutan Kerosakan Sendiri iaituu:

👉 Kerosakan Sendiri
👉 Kerosakan Sendiri Knock-for-knock

Apa kelebihan yang anda boleh dapat bila buat Tuntutan Kerosakan Sendiri Knock-for-Knock?

👉 Tuntutan diselesaikan lebih cepat
👉 Tak akan hilang kelayakan Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD)
👉 Boleh tuntut EKSES dan CART* dari pihak insurans lain


Apa tu CART?

CART (compensation for assessed repair time) ialah jumlah yang perlu dibayar oleh syarikat insurans pihak lain mengikut bilangan hari yang diperlukan untuk baiki kereta seperti yang telah ditaksirkan oleh adjuster.

Bukan ikut bilangan hari kereta ada dibengkel.


Apa tu EKSES?

EKSES ialah jumlah yang kita perlu bayar sama ada kemalangan berpunca daripada kita sendiri ataupun tak. Baki tuntutan yang selebihnya akan dibayar balik oleh syarikat insurans.

Bagi kereta yang berusia 5 tahun ke atas, kalau ada penambahbaikan (betterment) kita perlu bayar sendiri.

Contohnya, bila alat ganti lama digantikan dengan yang original dan baru. Kita perlu tanggung sebahagian kos alat ganti original dan baru, mengikut usia kenderaan anda.

Kereta kita akan berada dalam keadaan yang lebih baik berbanding sebelum kemalangan berlaku.


Macam mana nak claim insurans bila eksiden? Boleh baca di sini

Perlindungan insurans yang anda perlu tahu! Boleh baca di sini

Lesen dah expired, nak renew? Klik di sini

Nak transfer ownership kereta atau motosikal? Klik di sini

Nak kira harga roadtax? Klik di sini

Nak check NCD? Klik di sini