Buat claim insurans untuk kemalangan kereta tapi rejected!

Bagi pemandu yang baru je berkereta mungkin ada yang tak berapa faham tentang insurans kereta dan lebih-lebih lagi bila nak buat claim insurans.

Ada banyak perkara yang boleh menyebabkan claim insurans oleh ditolak syarikat insurans. Sebab tu kita perlu ambil tahu tentang polisi insurans yang diambil!


SEBAB-SEBAB TUNTUTAN INSURANS MUNGKIN DITOLAK

claim insurans kena reject ditolak syarikat insurans

1. Pemandu tak bedaftar di bawah polisi insurans yang sama

Kereta anda selalu dipandu oleh orang lain? Sila berhati-hati!

Kalau pasangan, anak-anak atau ahli keluarga lain ada guna kereta anda, mereka tak dapat perlindungan insurans yang sama seperti pemandu ya!

Melainkan kita ada ambil add-on coverage insurans kereta bagi Named Driver. Percuma je untuk nama pengguna lain yang pertama dan nama-nama seterusnya hanya RM10 seorang.

Jika terbabit dalam kemalangan dan bukan anda yang pandu kereta tu, anda boleh dikenakan denda sebanyak RM400! Lebih teruk jika claim ditolak dan anda kena bayar ganti rugi kerosakan kereta jugak!

2. Report polis tak ada

Bila berlakunya kemalangan kereta, jangan leka! Kita kena buat laporan polis dalam masa 24 jam ya.

Jika terlambat, syarikat insurans memang susah nak terima claim insurans anda tu. Claim akan ditolak dan kita kena bayar kos baiki kereta dan ganti rugi dengan duit sendiri!

3. Insurans tak cover

Insurans Pihak Ketiga atau Third Party ni hanya akan ganti rugi untuk pihak yang anda langgar. Jadi, bagi kos repair kereta, anda perlu tanggung sendiri.

Walaupun kena langgar lari atau bukan salah kita, syarikat insurans tak tanggung kos baiki kereta kita!

Jika anda ambil polisi insurans komprehensif, ada beberapa kes yang syarikat insurans tak dapat bagi perlindungan kepada anda:

Siapa yang ambil polisi komprehensif, ada kes-kes yang tak dapat perlindungan insurans seperti:
👉 Kerosakan atau kerugian akibat rusuhan
👉 Kecurian aksessori
👉 Kerugian atau kerosakan akibat banjir
👉 Kecederaan atas diri sendiri

4. Maklumat insurans yang tidak lengkap

Bila renew insurans, kita kena pastikan maklumat semua diisi dan tepat tau. Maklumat seperti taraf perkahwinan, pekerjaan, ciri-ciri keselamatan kereta dan tempat parking kereta, semua perlu dilengkapkan!

Kenapa? Jika kereta anda berada di tempat parking persendirian yang ada security, risiko kereta untuk dicuri lebih rendah. Jika di tempat parking terbuka, lagi tinggi risiko untuk kereta kita dicuri. Syarikat insurans nak tahu semua maklumat tu!

5. Mabuk semasa memandu

Kemalangan kereta yang disebabkan oleh mabuk masa memandu memang dah salah di sisi undang-undang. Jadi, syarikat insurans memang tak akan terima tuntutan. Sama jugak kalau anda khayal kerana dadah.

Semua kerosakan dan ganti rugi perlu ditanggung sendiri! Jadi, jangan lah memandu jika mabuk. Naik lah teksi atau Grab. Lebih selamat!


Macam mana nak claim insurans bila eksiden? Boleh baca di sini

Perlindungan insurans yang anda perlu tahu! Boleh baca di sini

Lesen dah expired, nak renew? Klik di sini

Nak transfer ownership kereta atau motosikal? Klik di sini

Nak kira harga roadtax? Klik di sini

Nak check NCD? Klik di sini