Kenapa anda tak boleh pandu tanpa insurans?

Anda yakin anda seorang pemandu yang berdisiplin, sentiasa berhati-hati dan tak perlukan insurans? Yakin macam mana pun, kita tak tahu perangai pemandu lain macam mana. Pandu tanpa insurans kereta sangatlah bahaya.


5 SEBAB KENAPA ANDA TAK PATUT PANDU TANPA INSURANS!

1. Salah di sisi undang-undang

Kat Malaysia, kita kena pamerkan roadtax di cermin depan kereta sebab itu arahan JPJ. Nak renew roadtax anda wajib ada insurans. Sekurang-kurangnya insurans pihak ketiga.

Kalau tak ada insurans? Tak boleh renew roadtax!

2. Boleh di saman

Nak pandu kereta atas jalan raya, kita kena ada roadtax yang masih aktif. Tak ada roadtax boleh kena saman sehingga RM3000! Menangis nak bayar tu. Bila ada roadtax, insurans pun kena ada jugak.

3. Kemalangan boleh berlaku di mana-mana je

Walaupun kita dah yakin kita ni seorang pemandu yang berhemah. Tapi, mesti ada pemandu-pemandu atau pengguna jalan raya yang lain cuma tahu pentingkan diri sendiri.

Seperti contoh, pemandu yang mabuk atau di bawah pengaruh dadah bawak kereta terlalu laju sampai membahayakan orang lain. Kalau mereka tak ada insurans, kita yang susah nak dapat ganti rugi.

Bukan tu je, kalau kereta rosak disebabkan banjir atau ribut petir yang tak boleh dijangka dan dielak pun kita boleh tuntut ganti rugi. Jika kita ambil add-on coverage untuk Peril Khas.

4. Kos baik pulih kereta mahal

Kos nak baik pulih kereta bukan murah ya. Rosak sikit je dah boleh cecah beratus-ratus. Kalau rosak banyak? Mesti beribu-ribu.

Bila terjebak dalam eksiden, nak bayar sendiri memang sakit. Kalau ada insurans, kita boleh buat claim. Duit poket selamat!

5. No Claim Discount

Kalau dah biasa renew insurans, mesti tahu pasal NCD kan? Bila kita tak ada buat claim sepanjang tahun, nanti boleh dapat discount masa renew roadtax. Jadi lebih murah! Kereta yang dah lama pakai tapi tak pernah beli insurans atau insurans dah expired lama sangat, kita kena bayar premium lagi mahal tau!


renew insurans, renew roadtax, insurans kenderaan, insurans kereta

Sama untuk yang bermotosikal. Bukan setakat kereta je yang kena ada insurans. Motosikal, lori, bas, traktor, semua pun kena ada insurans jugak.

Insurans ni bukan sekadar nak bantu kita bila ada eksiden tapi boleh bantu kita bila ada kes kecurian, kereta terbakar, kena langgar lari dan macam-macam lagi.

Dapatkan insurans kenderaan terbaik, baca tips di sini.

Ha kalau belum ada insurans atau dah tiba masa untuk renew insurans, jom dapatkan sebut harga dari Carver!

Hanya 3 langkah mudah untuk renew roadtax dan insuran online di www.carver.my! Kalau anda nak semak No Claim Discount (NCD) boleh klik di sini.