Cara claim insurans untuk kereta tenggelam banjir

Seperti mana yang kita tahu, baru-baru ni kejadian banjir sangat teruk di beberapa negeri. Bukan sahaja kereta, rumah dan harta benda yang rosak, nyawa juga turut terkorban.

Ada mangsa banjir yang terpaksa duduk di atas bumbung selama 3 hari sebelum bantuan tiba. Semoga mereka yang terlibat dengan banjir diberikan rezeki yang lebih besar lepas ini.

insurans, claim, kereta, banjir, tenggelam

Kredit: BERNAMA

Macam mana nak claim insurans jika kereta tenggelam banjir?

Bagi pemegang polisi insurans kenderaan yang dah ambil perlindungan bencana alam ataupun ‘special perils‘, ini langkah-langkah yang anda boleh ambil bila nak claim insurans.

1. Call syarikat insurans kereta

Anda kena call syarikat insurans untuk inform tentang kejadian yang berlaku. Kalau banjir dah surut, boleh dapatkan servis tow-truck mereka untuk bawak kereta ke bengkel.

Yang penting, jangan on enjin kereta terus! Nanti lagi teruk kerosakan kereta.

2. Dokumen penting untuk claim

Dokumen penting ni seperti lokasi, masa dan tarikh kejadian banjir berlaku. Ambil gambar kereta yang ditenggelami banjir tu. Sediakan salinan IC, lesen memandu, geran dan polisi insurans.

Kalau ada dokumen penting ni yang dah rosak disebabkan tenggelam banjir, anda perlu bagitahu syarikat insurans ya. Mungkin anda perlu renew atau reprint dulu dokumen seperti IC, geran dan sebagainya.

3. Laporan polis untuk claim

Buat laporan polis sekiranya boleh selepas 24 jam berlakunya banjir. Jika masih ada sekatan jalan raya, tak mengapa anda boleh tunggu sehingga situasi semakin baik.

Ada juga syarikat insurans seperti Etiqa yang dah buat pengumuman mereka tak perlukan laporan polis jika anda mangsa banjir. Untuk kepastian, tanya dulu kepada syarikat insurans anda.

4. Hantar borang claim dan dokumen

Bila semuanya sudah lengkap, anda boleh serahkan dokumen kepada ejen atau syarikat insurans. Mereka akan maklumkan berapa lama proses akan diambil.

Mungkin akan ambil masa sikit sebab banyak sangat kereta yang terlibat dengan banjir. Jadi, mohon anda bersabar dan kadang kala boleh call syarikat insurans dapatkan update terbaru.

5. Hantar kereta masuk bengkel

Lebih baik untuk hantar kereta ke bengkel panel syarikat insurans supaya proses tuntutan lebih mudah. Boleh minta senarai bengkel panel daripada mereka.


Semua orang boleh claim insurans ke jika kereta tenggelam banjir?


Hanya untuk pemegang polisi yang dah tambah perlindungan bencana alam ataupun ‘special perils‘.

Jika kereta anda masih selamat dan belum lagi ditenggelami banjir dan cuaca pula buruk tanpa henti, anda boleh hubungi syarikat insurans untuk tambah polisi ‘special perils‘. Sediakan payung sebelum hujan!

Jika kereta dah ditenggelami banjir, anda tak boleh add-on perlindungan ni. Sebab benda telah pun berlaku.


Apa tu ‘Special Perils’?

Pokok jatuh atas kereta, boleh claim insurans ke?

Perlindungan insurans tambahan lain untuk kenderaan


Lesen dah expired, nak renew? Klik di sini

Nak transfer ownership kereta atau motosikal? Klik di sini

Nak kira harga roadtax? Klik di sini

Nak check NCD? Klik di sini