Apa sebab-sebab kereta boleh terbakar?

Macam mana nak elak kereta terbakar? Banyak kes kereta yang terbakar berlaku disebabkan kecuaian dan ada juga beberapa situasi yang sebenarnya boleh dielakkan. Jika kereta anda tiba-tiba berasap atau ada nampak minyak yang bocor, berhenti memandu!

Jadi, apa punca-punca yang boleh menyebabkan kereta terbakar?

sebab-sebab kereta boleh terbakar

1. Kereta terbakar kerana bahan api bocor

Minyak ataupun petrol memang senang sangat untuk menyebabkan kereta terbakar. Kalau ada percikan api dari mana-mana, memang sekelip mata saje kereta anda boleh terbakar!

Macam mana minyak boleh bocor? Mungkin ada part di dalam sistem bahan api yang dah longgar, hos yang dah koyak atau ada kerosakan lain.

Jika ada bau minyak yang kuat, lebih baik anda berhenti memandu dan panggil pomen untuk periksa kereta. Elak teruskan memandu, tak pasal-pasal kereta lesap sebab kebakaran pulak.

2. Kereta terbakar kerana overheating

Minyak atau petrol boleh terbakar sendiri jika suhu mencecah 300°C. Minyak brek pula boleh terbakar jika suhu mencecah 280°C dan minyak ATF pada suhu 320°C.

Bila kereta sedang overheating, suhu yang panas tu boleh menyebabkan kereta terbakar jika ada kebocoran minyak Jika kereta tiba-tiba terlebih dari suhu normal, lebih baik berhentikan kereta serta merta sebelum apa-apa berlaku.

Pastikan sistem penyejukan kereta berada dalam keadaan baik untuk elak overheating berlaku. Isi air atau coolant yang mencukupi sebelum memulakan perjalanan jauh atau periksa lah sekali sekala.

Jika kereta dah diservis dengan baik boleh mendatangkan masalah-masalah yang tak diingini dan juga boleh menyebabkan kebakaran kalau terlepas pandang.

3. Kereta terbakar dalam kemalangan

Ada kes-kes kemalangan yang teruk boleh menyebabkan kereta terbakar jika tangki minyak meletup dan sebagainya.

Selalunya kereta yang lama ada potensi untuk terbakar bila eksiden. Kereta moden lebih selamat kerana sistem bahan api mempunyai perlindungan.

Jadi, pandu secara selamat dan patuhi peraturan jalan raya!


Ada juga sebab-sebab lain yang tak diduga boleh menyebabkan kebakaran. Apa yang penting, sekiranya berlaku kebakaran pada kereta anda.. jangan panik! Jangan cuba untuk tunjuk hero atau selamatkan barang. Cepat-cepat lari ke kawasan lebih selamat sebab kebakaran tu boleh meletup tau.

Boleh claim insurans ke jika kereta terbakar? Ya, boleh jika anda pemegang polisi insurans Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian. Tak ada lah menangis tak berlagu bila kereta terbakar tanpa perlindungan.

Kereta masih belum ada insurans? Insurans kereta anda dah tamat tempoh? Carver boleh setel kan!


Apa tu tuntutan knock-for-knock? Baca di sini

Kenapa tuntutan insurans boleh ditolak? Baca di sini

Lesen dah expired, nak renew? Klik di sini

Nak transfer ownership kereta atau motosikal? Klik di sini

Nak kira harga roadtax? Klik di sini

Nak check NCD? Klik di sini