KENA-LANGGAR-DALAM-PARKING-MALL_1

Kereta dilanggar dalam parking shopping mall, apa nak buat?

Admin
in Roadtax & Insurans, Tips
Sep 15 ·

Hujung minggu mesti suka berjalan-jalan ke shopping mall. Satu hari anda pergi shopping mall, dah puas shopping dan jalan-jalan sampai berjam-jam.

Bila nak balik dan nak masuk kereta… tiba-tiba perasan ada kesan kemek dan calar!

Rupa-rupanya kereta kena langgar! Argh sakit nya hati!

kena langgar dalam parking shopping mall

Apa nak buat bila kereta anda dilanggar dalam parking shopping mall?

1. Cari siapa yang langgar kereta

Waktu-waktu macam ni memang sangat membantu kalau kita ada dash cam dalam kereta dan ada feature mode parking. Senang nak tengok balik siapa yang langgar kereta kita.

Kalau tak ada dash cam, kita kena mintak footage CCTV dari management parking.

2. Kalau tak dapat cari si pelaku, apa nak buat?

Dash-cam tak ada, CCTV pulak tak cover bahagian parking spot kereta kita. Geram pulak! Tak apa, kita boleh buat No-Fault Own Damage [NFOC].

Kita bukan claim insurans orang lain memandangkan kita tak tahu siapa pelakunya. Jadi, terpaksa lah kita claim insurans sendiri. Tapi, jangan risau! NCD kita tak akan terjejas sebab bukan salah kita.

3. Call syarikat insurans

Buat laporan polis dengan serta merta dan bagitahu syarikat insurans. Pastikan dah catat lokasi dan masa anda ada kat shopping mall. Boleh cari bengkel panel terdekat. Kalau tak tahu, tanyalah syarikat insurans.

Apa yang diperlukan untuk tuntut NFOC?

Tuntutan rasmi dari syarikat insurans, laporan polis, hasil penyiasatan polis, kad pengenalan, lesen, kad pendaftaran kereta, resit kos baik pulih dan gambar kereta sebelum dibaiki.

4. Cara kira kos baik pulih

Bengkel panel akan ada seorang independent licensed adjuster yang akan tolong kira nilai kerosakan dan kos baik pulih.

Laporan Compensation for the Actual Repair Time [CART] juga akan disediakan yang bagitahu berapa lama nak baiki kereta.

5. Buat dengan serta merta

Jangan lambat-lambat ya! Lepas dah cuba cari si pelaku apa semua dan buat laporan polis, terus call syarikat insurans untuk tahu prosedur dan dokumen yang diperlukan.


Semua tentang roadtax, insurans dan lesen!

Apa perbezaan insurans konvensional dan Takaful?

Roadtax dah mati lebih 3 tahun! Apa perlu anda buat?

Kenapa harga insurans berbeza-beza?

Semua pemandu wajib ada insurans kereta!

Hanya 3 langkah mudah untuk renew roadtax dan insuran online di www.carver.my! Kalau anda nak semak No Claim Discount (NCD) boleh klik di sini.

    Comments are closed

    created with