Kereta rosak disebabkan tenggelam banjir, boleh claim insurans?

Malaysia ni memang tak lari dari musim hujan. Banyak kawasan di Malaysia ni berpotensi untuk banjir, lebih-lebih lagi di bahagian Pantai Timur.

Hari tu viral tentang booth bazar di Wangsa Maju yang tumbang dan rosak disebabkan hujan dan angin yang kuat! Bencana alam seperti hujan lebat dan banjir kilat ni bukan boleh dibuat main-main.

Nak claim insurans macam mana?

kereta rosak disebabkan banjir

Apa tu insurans tambahan Special Perils?

Ramai lah pemandu yang sebenarnya tak tahu pun kewujudan Specil Perils ataupun dalam bahasa Melayu nya, Peril Khas.

Special Perils ni adalah satu perlindungan tambahan untuk kerosakan kereta atau motor yang disebabkan oleh ribut, banjir, tanah runtuh, gempa bumi dan bencana alam lain (bergantung pada syarikat insurans).

Special Perils ni insurans tambahan ya. Anda kena request pada syarikat insurans untuk tambah. Kami syorkan bagi penduduk-penduduk yang ada di kawasan banjir untuk ambil insurans tambahan ni. Jika kereta ada kerosakan yang disebabkan oleh banjir, anda boleh dapat ganti rugi.

Insurans tambahan ni bukan sahaja cover untuk kerosakan banjir. Jika kereta anda dihempap pokok yang disebabkan oleh ribut, anda boleh juga nak claim insurans ni.

Berapa harga insurans tambahan Special perils?

Kos untuk tambah Special Perils ni dalam 0.25% dari jumlah diinsuranskan [sum insured] untuk kereta anda.

Sebagai contoh, kalau insurans sum insured RM50,000.

RM50,000 x 0.25% = RM125

Jadi, harga yang perlu ditambah hanyalah RM125 je!

Bayangkan kalau rosak kereta sebab banjir, bukan murah nak dibaik pulih kan?! Silap-silap kereta boleh berpotensi untuk total loss terus. Dengan adanya tambahan Special Perils ni, dapat la juga kita terima ganti rugi!


Semua tentang insurans kereta!

Insurans tambahan lain yang anda perlu tahu?

Pokok jatuh atas kereta, boleh claim insurans ke?

Macam mana kereta boleh jadi total loss?


Lesen dah expired, nak renew? Klik di sini

Nak transfer ownership kereta atau motosikal? Klik di sini

Nak kira harga roadtax? Klik di sini

Nak check NCD? Klik di sini