Kenapa harga insuran kereta berbeza-beza?

Harga insuran kat sini mahal, harga insuran kat sana lagi murah!


Konsep insuran sebenarnya macam ni, lagi mahal kita bayar, lagi banyak perlindungan kita dapat.

car insurance, insuran kereta, renew insuran, harga insuran

Antara faktor-faktor yang mempengaruhi harga insuran adalah:

  1. JUMLAH COVERAGE

Harga insuran biasanya akan ikut harga Market Value. Apa tu Market Value? Contoh, kereta kita total loss. Jumlah tuntuan yang kita dapat adalah mengikut nilai kereta semasa tuntutan dibuat. Ada kemungkinan nilai kereta tu dah jatuh sikit lah.

Ada juga syarikat insurans yang bayar mengikut Agreed Value. Agreed Value pulak sejumlah nilai yang dah dipersetujui antara kita dan syarikat insurans masa kita beli insurans tu.

Kalau kita ada ambil add-on coverage untuk cermin, aksesori kereta, peril khas dan lain-lain, itu pun akan buat harga insuran jadi lebih mahal.

  1. ENGINE CAPACITY

Apa-apa jenis kereta yang kapasitinya tinggi akan dikenakan harga premium. Sebab kereta yang CC tinggi berpotensi untuk dipandu laju. Betul tak? Kereta dah CC tinggi, bawak laju baru best! Tapi… jika tak dipandu dengan cermat, boleh menyebabkan kemalangan.

Jadi, kereta berkapasiti tinggi juga boleh dikatakan berisiko. Harga insuran akan bertambah dari kereta 1400 cc dan ke atas.

  1. USIA KENDERAAN

Kereta yang dah berusia mungkin performance kereta dan berkurangan. Mungkin ada kerosakan sikit-sikit yang menjejaskan pemanduan. Kereta pun lebih terdedah pada risiko untuk kemalangan. Jadi, harga insuran pun jadi lebih mahal bila kereta dah berusia lebih dari 10 tahun.

  1. USIA PEMANDU

Usia pemandu pun memainkan faktor dalam harga insurans. Bila seseorang pemandu tu dah berusia, mungkin cara pemanduan juga terjejas akibat penglihatan kabur dan sebagainya. Pemandu yang berusia muda juga berpotensi untuk pandu kereta secara reckless dan membahayakan.

Harga insuran akan menjadi lebih mahal jika pemandu berusia 69 tahun ke atas dan 26 tahun ke bawah.

  1. DAH PERNAH BUAT TUNTUTAN INSURAN

Sejarah buat tuntutan insuran pun adalah faktor yang menyebabkan harga insuran berubah. Kalau kita dah pernah claim insuran sebelum ini akan buat harga insuran jadi mahal. Jika kita ada banyak rekod saman polis trafik atau JPJ pun akan buat insurans mahal ya. Jangan lupa bayar saman!

  1. SPECS KERETA

Kereta yang mempunyai ciri-ciri keselamatan yang bagus, harga insuran tak akan jadi mahal sebab risiko untuk dicuri adalah kurang. Kereta mewah seperti sports car sememangnya akan dikenakan insuran yang mahal sebab lebih berisiko untuk kemalangan bila dipandu laju dan tidak selamat.

  1. NO CLAIM DISCOUNT [NCD]

Bagi pemandu yang mematuhi peraturan jalan raya dan tak mempunyai rekod kemalangan akan dapat nikmati discount ini sebagai tanda penghargaan. Walaupun kemalangan kecil, tak buat tuntutan pada syarikat insuran juga boleh nikmati diskaun ini.

Diskaun akan diberi pada pemandu setiap tahun sehingga 5 tahun. Jumlah diskaun dalam anggaran 25% hingga 55%.

  1. JENIS-JENIS INSURAN

Third party [Pihak ketiga] – Insuran ni melindungi pihak ketiga bila terlibat dengan kemalangan kereta anda.

Third party, fire & theft [Pihak Ketiga, Kebakaran & Kecurian] – Sama seperti Third Party tapi ada penambahan perlindungan sekiranya berlaku kemalangan dan kecurian.

First Party [Pihak Pertama/Komprehensif] – Insuran ni melindungi semua termasuk pemandu, kereta dan pihak ketiga.

  1. PROVIDER INSURAN YANG BERBEZA

Ada banyak provider insuran di luar sana, sama ada yang konvesional atau yang Takaful.

Kalau nak tahu perbezaan insuran konvensional dan Takaful, anda boleh baca di sini.

Semuanya harga akan berbeza-beza. Kenapa? Sebab setiap pakej ada penilaian risiko yang berlainan. Contohnya, Provider A tak ada bagi perlindungan untuk kecurian, tapi Provider B ada perlindungan tu.

Jumlah pelanggan untuk sesebuah provider pun memainkan peranan juga dalam bab-bab harga insuran ni. Bila jumlah pelanggan mereka tak cukup ramai, harga pakej mereka tawarkan lebih tinggi. Kalau pelanggan mereka terlalu ramai, harga pasti lebih murah.


Nak semak No Claim Discount? Klik di sini.

Nak renew lesen? Klik di sini.