Macam mana nak renew roadtax lebih 3 tahun?

Lama sangat dah tak guna kereta sampai tak perasan cukai jalan [roadtax] dah tak hidup! Tak perasan ataupun buat-buat tak perasan?


Kalau roadtax dah tak hidup 2 minggu masih boleh renew roadtax macam biasa. Jangan risau. Tapi kalau dah lebih 3 tahun… lama sangat tu!

Kita tak boleh nak renew roadtax macam biasa kalau dah tak hidup lebih 3 tahun. Sebelum kita sibuk-sibuk nak pergi renew roadtax, ada beberapa perkara penting yang kita kena tahu dulu!

roadtax, cukai jalan, renew roadtax, roadtax mati, roadtax tak hidup

5 PERKARA ANDA KENA BUAT UNTUK RENEW ROADTAX TAK HIDUP LEBIH 3 TAHUN

1. BUAT TEMU JANJI PUSPAKOM

Kita kena buat temu janji kat laman web PUSAPKOM dulu. Temu janji ni untuk buat inspection kereta atau motor yang dah lama tak bergerak tu. Untuk pastikan yang kenderaan tu masih boleh dipandu dengan baik dan selamat.

2. PEMBAIKIAN

Untuk pastikan kita lulus ujian PUSPAKOM tu, kita periksa lah dulu sendiri. Lebih senang. Sebab nanti bila dah pergi PUSPAKOM tanpa periksa kendir, silap-silap kenderaan ada banyak problem pulak!

Kenderaan kan dah lama sangat tak digunakan. Mungkin lah ada masalah-masalah macam cermin pecah ke, side mirror hilang ke. Kereta berhabuk atau kotor, cushion seat berdebu tu pandai-pandai la bersihkan dulu ya. Sakit mata pulak pegawai PUSPAKOM nanti!

3. PERMIT SEMENTARA JPJ

Disebabkan roadtax tak hidup tapi kena pandu jugak sebab nak bawak ke PUSPAKOM. Kita kena mintak permit dari pihak JPJ. Permit perjalanan sementara (JPJ K12). Boleh download dulu permit tu secara online. Kemudian, minta pengesahan dari pegawai di mana-mana JPJ yang berdekatan.

Tak ada permit tak boleh ke? Kalau kena tahan nanti ada risiko untuk disaman. Lebih baik sediakan payung sebelum hujan!

4. HANTAR KENDERAAN KE PUSPAKOM

Dah buat temu janji, jadi pastikan hadir pada tarikh temu janji PUSPAKOM tu. Jangan lupa bawak dokumen yang diperlukan. Bila sampai je di PUSPAKOM, kita kena daftar dulu. Kemudian, buat pembayaran dan tunggu inspection siap. Kalau dah lulus ujian tu, kita akan dapat sijil atau report kenderaan.

Kalau gagal? Memang kita kena buat sekali lagi atau sampai lulus. Mungkin ada kerosakan kereta yang terlepas pandang dan perlu dibaik pulih.

5. RENEW ROADTAX DAN INSURAN ONLINE DI CARVER!

PUSPAKOM dah selesai, kita pun boleh renew roadtax online Perlu renew dalam masa 30 hari ya. Jangan lupa lagi pulak. Dah pening-pening pergi PUSAPKOM tu untuk setelkan hal kenderaan, nak renew roadtax tak payah fikir banyak.

Renew roadtax dan insuran online di Carver dengan 3 steps mudah. Buat dari rumah je semua boleh setel! Roadtax boleh dapat pantas melalui runner yang berada di Klang Valley. Bagi di luar kawasan Klang Valley, boleh pilih untuk hantar melalui pos. Mudah kan?

Nak renew insuran konvensional ke Takaful? Carver mengutamakan Takaful untuk para pelanggan kami! Untuk belajar perbezaan insuran konvensional dan Takaful, anda boleh baca di sini


Nak semak No Claim Discount? Klik di sini.

Nak renew lesen? Klik di sini.