Apa perbezaan insuran konvensional dengan Takaful?

Dah sampai masanya untuk renew insuran kereta, motor atau apa-apa jenis kenderaan lah, nak pilih Takaful atau insuran konvensional? Yang paling penting, renew lah insuran secara online di Carver!

Insuran konvensional ternyata lebih murah. Tapi apa perbezaan lain bagi insuran konvensional dan Takaful?


KONVENSIONAL

Untuk insuran konvensional, kita sebagai pemegang polisi akan bayar satu jumlah premium kepada syarikat insurans dan mereka lah yang akan pegang duit tu. Kemudian, syarikat insuran akan melabur duit tu kat mana-mana tempat pelaburan. Sama ada halal atau haram, itu terpulang kepada mereka.

Keuntungan yang mereka dapat siapa ambil? Mereka lah. Kita si pemegang polisi tak akan dapat apa-apa. Bila kita buat tuntutan insuran [insurance claim], mereka hanya akan bayar berdasarkan amount yang telah dipersetujui.

TAKAFUL

Untuk Takaful pula, kita bayar dan duit tu akan masuk ke dalam tabung Takaful. Kemudian, dana dalam tabung Takaful tu akan disumbangkan kepada ahli Takaful lain (kepada yang memerlukan).

Fi Wakalah bermaksud bayaran yang jelas dan nyata. No hidden charges! Separuh dari sumbangan bulanan akan dibayar kepada syarikat-syarikat yang mengendali tabung Takaful.

Hasil sumbangan yang ada dalam tabung Takaful tu pun akan dilabur jugak untuk dapatkan pulangan. Tapi, pelaburan yang dilakukan adalah mengikut syariah. Pulangan yang mereka dapat akan dimasukkan semula ke dalam tabung. Lebihan pula akan diagihkan kepada semua pemegang polisi secara sama rata dan adil.

Kalau nak buat tuntutan, syarikat Takaful akan bayar menggunakan dana yang telah dikumpul.


Car insurance, insurans kereta, Takaful kereta, perlindungan kereta, coverage

KELEBIHAN TAKAFUL TAK SEHEBAT INSURAN KONVENSIONAL?

Sememangnya, insuran konvensional lebih banyak benefits untuk pemegang polisi. Kenapa? Sebab produk Takaful ni masih baru dan mereka tak ramai pelanggan lagi. Konvensional pula dah lama dan pelanggan mereka memang lebih ramai. Begitu juga dengan harga, Takaful mahal sedikit dari konvensional.

KENAPA KITA DISARANKAN UNTUK AMBIL TAKAFUL?

Sebagai umat Islam, kita patut dahulukan yang mana mengikut syariah Islam. Ini untuk memastikan yang sumber duit adalah halal dan proses pelaburan yang dilakukan oleh syarikat insuran berlandaskan syariah.

Ha tunggu apa lagi tu? Renew insuran kereta, motor atau apa-apa jenis kenderaan di Carver!

Apa pilihan takaful yang ada di Carver? Kami ada 4 pilihan syarikat Takaful:

Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad
Etiqa General Takaful Berhad
Takaful Ikhlas General Berhad
Zurich General Takaful Malaysia Berhad


Kenapa anda patut renew roadtax dan insuran kereta, motor atau apa-apa jenis kenderaan di Carver? Ha, jom kita baca di sini!

Nak semak No Claim Discount? Klik di sini.

Nak renew lesen? Klik di sini.