Boleh ke pindah NCD kereta lama kepada kereta baru?

No Claim Discount (NCD) atau Diskaun Tanpa Tuntutan ni adalah sejenis diskaun untuk insurans kereta bila anda tak pernah buat claim dalam masa setahun ataupun anda tak pernah buat claim untuk third party. Kiranya, tiada tuntutan insurans kereta langsung. Jadi, anda boleh dapat diskaun sehingga 55% bila nak renew insurans kereta nanti.

NAK PINDAH NCD KERETA LAMA KEPADA KERETA BARU. BOLEH KE?

Boleh. Memang ramai yang nak tukar NCD dari kereta lama kepada kereta baru bila dah kumpul diskaun yang banyak. Kenapa? Supaya insurans kereta baru jadi lebih murah! Yang penting jangan biar kereta anda underinsured ya.


pindah ncd kereta lama kepada kereta baru

PERKARA PENTING TENTANG PEMINDAHAN NCD INSURANS KERETA

1. Salinan dokumen penting & borang pemindahan

Kita kena sediakan salinan IC dan maklumat bank. Bagi borang pemindahan pula, kita kena pergi ke syarikat insurans yang kita ambil untuk kereta lama.

Isi dan tanda tangan borang pemindahan NCD, satu salinan kita simpan bila dah selesai. Borang ni penting kalau insurans kereta lama ada masih aktif dan belum expired.

2. Sediakan cash

Cash ni untuk bayar baki dari premium insurans kereta lama, sekiranya ada. Contohnya, kereta lama kita expired pada bulan 8 dan sekarang bulan 6, jadi kita kena bayar baki premium insurans untuk bulan 7 dan 8.

3. Insurans kereta lama yang dah expired

Kita tak perlu isi borang pemindahan NCD kalau insurans kereta lama dah expired. Hanya perlu ada nombor cover note insurans kereta lama sahaja diperlukan.

4. Semak NCD

Kita boleh semak nilai NCD kita terlebih dahulu sebelum pindah kepada kereta baru. Boleh semak NCD di sini https://carver.my/tool/ncd-checker


KENAPA KENA PINDAH NCD INSURANS KERETA LAMA KEPADA KERETA BARU?

Jika anda beli kereta baru, memang penting untuk anda pindahkan NCD! Premium insurans kereta akan jadi lebih murah bila tolak diskaun NCD kereta lama anda.

Jika kita patuh peraturan jalan raya dan tak mementingkan diri sendiri, kita boleh elak kemalangan serta perkara-perkara yang tak diingi daripada berlaku. Jadi, selamat duit poket dan insurans kita!


Kenapa kereta tak boleh underinsured? Boleh baca di sini

Syarikat insurans tak tanggung semua kerosakan? Boleh baca di sini

Macam mana nak kurangankan premium insurans? Boleh baca di sini

Lesen dah expired, nak renew? Klik di sini

Nak transfer ownership kereta atau motosikal? Klik di sini

Nak kira harga roadtax? Klik di sini

Nak check NCD? Klik di sini