Kereta anda dilanggar kereta yang tak ada insurans?

Jangan panik! Walaupun kita terlibat dalam kemalangan dengan kereta yang tak ada insurans, kita masih boleh tuntut kerugian. Kita jugak boleh buat tuntutan saman atas kapasiti persendirian di mahkamah. Yelah, kereta tu tak ada insurans tak kan kita kena ganti sendiri pulak kan!


Kereta yang tak ada insurans ini akan diperintahkan untuk membayar kerugian untuk kereta yang mereka langgar tu. Jadi, apa yang perlu dilakukan kalau anda terlibat dengan kemalangan dengan kereta tak ada insurans ni?


Kereta anda dilanggar kereta yang tak ada insurans?

APA ANDA PERLU BUAT JIKA DILANGGAR KERETA TAK ADA INSURANS?

1. Tangkap gambar kereta yang dilanggar dan melanggar

Gambar yang kita ambil ni boleh dijadikan sebagai simpanan peribadi jika berlaku sebarang penipuan oleh kereta yang tak ada insurans ni. Takut jika kereta yang langgar kereta anda tu lari dan tak nak bayar ganti rugi.

2. Dapatkan no. telefon atau butiran diri pemandu yang melanggar

Perkara ni pun penting sebab kalau kita terlepas pandang perkara penting ni senang je pemilik kereta takda insurans ni lepas tangan! Kena minta untuk ambil gambar IC atau lesen memandu pemandu tu.

Kalau kita dah catatkan maklumat diri pemilik kereta yang melanggar, kita boleh saman jika pemilik kereta yang melanggar taknak bagi kerjasama. Jangan lupa ya!

3. Catatkan no. plat kereta yang melanggar

Maklumat ini perlu bagi pihak JPJ mendapatkan maklumat pemilik kereta yang tak dilindungi insurans. Kalau tak ada gambar kereta pun, no. plat kereta ni dah cukup penting.

4. Segera buat laporan polis dalam tempoh 24 jam

Bila laporan polis dibuat, pihak polis akan merekodkan kemalangan yang berlaku. Perkara ini juga akan dapat menjamin perlindungan kepada pihak yang dilanggar.

Biasanya pihak polis akan dengar kedua-dua pihak dan keluarkan laporan yang menentukan siapa yang salah. Tapi, mesti lah yang langgar anda tu salah kan!

5. Hubungi syarikat insurans

Ya, selain dari pihak polis anda pun perlu hubungi pihak syarikat insurans untuk bagitahu situasi yang berlaku. Boleh tanya procedure yang seterusnya serta bengkel yang diiktiraf syarikat insurans


Elakkan dari settle sendiri jika anda terlibat dengan kemalangan sebegini kerana kebanyakan kes sebelum ni, semua melarikan diri walaupun dah buat perjanjian untuk ganti rugi. Hati-hati ketika memandu dan pastikan insurans kita sentiasa dikemaskini.

Syarikat insurans tak tanggung semua kerosakan? Boleh baca di sini

Macam mana nak kurangankan premium insurans? Boleh baca di sini

Lesen dah expired, nak renew? Klik di sini

Nak transfer ownership kereta atau motosikal? Klik di sini

Nak kira harga roadtax? Klik di sini

Nak check NCD? Klik di sini