Untung ke ambil insurans kereta yang murah?

Ramai pemilik kereta yang nak jimat dan beli insurans yang lebih murah. Benda ni akan mendatangkan masalah bila kemalangan berlaku dan kereta anda ‘underinsured’.

Underinsured ni adalah perlindungan insurans kenderaan dibawah nilai pasaran yang dah ditetapkan oleh syarikat insurans. Memang ramai yang elak bayar premium insurans yang tinggi. Jadi, mereka lebih rela ambil underinsured untuk dapatkan insurans yang paling murah.

Menguntungkan ke insurans yang murah ni?

Ya tapi tak juga. Insurans murah memang menguntungkan jika tak berlaku kemalangan, kecurian dan kebakaran dalam tempoh perlindungan tu. No Claim Discount pun akan makin meningkat.

Tapi, kita akan rugi jika berlakunya benda buruk seperti kemalangan kereta. Sebab kita perlu tanggung jumlah nilai yang ditetapkan oleh syarikat insurans bila kita buat tuntutan.

untung ke ambil insurans kereta yang murah

Kalau kita ambil underinsured yang sudah tentu nilainya kurang dari pasaran kereta sebenar, kita boleh didenda!

Nilai pasaran kereta kita RM30,700 tapi kita hanya dapat perlindungan sebanyak RM25,000. Kita boleh didenda disebabkan perbezaan RM5,700 tu!

Sekiranya kerosakan kereta perlu dibayar sebanyak RM4,635, syarikat insurans berhak untuk tak tanggung sepenuhnya.

Jadi, kita kena tambah duit sendiri! Ini formulanya:

(Amaun dilindungi ÷ Nilai pasaran) x Jumlah kerosakan = Amaun perlu ditambah

(RM25,000 ÷ RM30,700) x RM4,635 = RM860.57


Kita perlu tambah baki RM860.57 untuk tanggung kerosakan kereta. Kalau lagi tinggi kerugian, lagi tinggilah amaun kita kena tambah!

Lebih teruk, kalau kereta total loss disebabkan hilang, terbakar atau eksiden. Macam mana nak tanggung sendiri?

Loan masih jalan dan kita kena bayar jugak bulan-bulan. Semua hanya disebabkan jumlah perlindungan adalah tak mencukupi. Pastikan insurans yang anda beli itu mengikut nilai pasaran kereta anda! Jangan sebabkan nak yang murah, diri sendiri rugi esok hari!

Ketahui nilai pasaran kenderaan anda dan dapatkan insurans kenderaan terbaik di Carver!


Macam mana nak kurangkan premium insurans? Boleh baca di sini

Jangan pandu kereta tanpa insurans! Boleh baca di sini

Lesen dah expired, nak renew? Klik di sini

Nak transfer ownership kereta atau motosikal? Klik di sini

Nak kira harga roadtax? Klik di sini

Nak check NCD? Klik di sini