Tips penjagaan tayar kereta yang anda perlu tahu

Asyik kisahkan pasal enjin kereta je, tayar kereta ni macam mana?
Pemilik kereta dah kena start ambil tahu tentang penjagaan tayar kereta kita sendiri. Kalau tak kisahkan hal ni, macam-macam benda boleh jadi atas jalan!
Banyak kes tayar melayang sampai akibatkan pemandu lain maut. Dahsyat tak dahsyat kalau tak ambil tahu cara jaga tayar kereta ni?
Macam mana nak tahu keadaan tayar kereta kita dalam keadaan baik?

1. Tekanan angin tayar mencukupi
Pastikan angin tayar kereta sentiasa mencukupi. Buat pemeriksaan kendiri di mana-mana stesen minyak atau di kedai tayar.
Isi angin tayar berdasarkan panduan yang dah dilekatkan di tepi tempat duduk pemandu dalam kereta.
Perhatikan juga panduan yang ada pada tayar kereta kita.
2. Kedalaman bunga tayar lebih 1.6mm
Kedalaman bunya tayar sepatutnya lebih 1.6mm.
1.6mm ni dikira kedalaman paling tak selamat! Boleh guna syiling atau alat pengukur untuk mengukur kedalaman tayar kereta sedia ada.
Kalau dah nampak bunga tayar pun rata seperti tayar kosong, tu maknanya bunga tayar dah tak ada.
Kena tukar tayar cepat-cepat.
3. Penggiliran tayar kereta
Penggiliran tayar atau kita panggil rotation ni adalah menukar tayar belakang ke hadapan.
Kenapa kena buat macam ni?
Sebab tayar hadapan biasanya tidak tahan lama berbanding tayar belakang kerana tayar hadapan ni menanggung beban yang lebih banyak.
Penggiliran tayar ni boleh dibuat setiap 8,000 ke 10,000 km sekali.
4. Alignment atau pelarasan tayar tak lari
Alignment ni senang je nak detect dalam keadaan baik atau tidak.
Kalau tengah memandu dan terasa tayar sukar dikawal atau diselaras, tu alignment lari lah tu!
Jaga tayar ni mudah je sebenarnya kalau kita tahu cara. Kalau tak tahu cara, kat kedai tayar pun kita boleh tanya untuk belajar sama!
Sentiasa buat pemeriksaan tayar kereta tu! Tayar kereta pun antara punca besar kemalangan jalan raya kalau tak dijaga.
Nak tahu cara selesaikan masalah kereta kena tunda? Baca di sini
Macam mana kalau nak memandu dalam jalan gelap? Baca di sini
Nak renew lesen memandu? Klik di sini
Nak renew roadtax kereta? Klik di sini
Nak kira harga harga roadtax semasa? Klik di sini