Cara selesaikan masalah kereta kena tunda

Kita ni menghilang 2-3 jam, dah patah balik ke kereta, kereta pun hilang! Ha masak…

Kereta aku hilang ke! Atau kena curi!

Weh boleh menangis bila jadi macam ni kat diri sendiri. Tak tahu mana pergi kereta!

Apa nak buat kalau kita berada dalam situasi ni?

Dan macam mana nak tahu yang kereta kita kena angkut penguatkuasa atau memang dibawa lari? Ada notis ke kalau kereta kena angkut?

Jangan panik dulu! Bertenang dan ikut je langkah-langkah ni…


CARA SELESAIKAN MASALAH KERETA KENA TUNDA

1. Kenalpasti lokasi kereta ditunda

Biasanya kita boleh agak bila kereta kita kena tunda. Sama ada kita double park, parking OKU atau parking di tempat yang perlu bayar.

Kalau kereta hilang kawasan ni, memang konfem lah kena tarik naik towing.

Ingat, penguatkuasa takkan suka-suka tarik kereta kita tanpa sebab.

2. Cari penguatkuasa terdekat

Kenalpasti dulu tempat yang kita park tu adalah di bawah majlis bandaraya atau di bangunan persendirian. Boleh cari penguatkuasa atau management untuk kenalpasti lokasi kereta kita ditunda.

Dapat je info, terus gerak ambil kereta kita.

3. Bayar denda

Ofkoz lah kalau kena tunda ada denda dia. Nak bawa keluar kereta, bayar denda mengikut kadar ditetapkan.

Selalunya kadar bayaran untuk denda ni dalam RM100 hingga RM300.

Jadi, bayar je macam mana yang ditetapkan.

Jangan buang masa bergaduh dengan mereka, memang salah kita sendiri parking merata.


Ni antara cara mudah untuk tahu sama ada kereta kita kena tunda atau dibawa lari.

Kalau dah terang-terang parking cara salah, memang kena tarik lah cite dia.

Kalau kena bawa lari, terus pergi balai polis buat laporan dan jangan lupa update pada syarikat insurans kereta kita tentang kecurian ni.


Nak tahu cara memandu di simpang tiada isyarat? Baca di sini

Pernah ambil tahu kadar had laju jalan raya? Baca di sini

Nak pindah hakmilik kenderaan? Klik di sini

Nak renew lesen memandu? Klik di sini

Nak renew roadtax motosikal? Klik di sini