Bahaya memandu tanpa adjust seat driver dengan betul!

Memandu kereta ni kalau body posture dan seating kita tak betul, memang bahaya!

Memandu dengan seating tak betul ni boleh buat sakit tengkuk dan juga sakit belakang. Sudahnya, kita memandu dalam keadaan tak selesa lagi-lagi bila jalan jauh.

Bukan setakat boleh mencederakan tulang kita, boleh akibatkan kemalangan juga. Tu yang kita kena elak!

Apa cara terbaik nak adjust seat bahagian driver dalam kereta?


TIPS ADJUST SEAT DRIVER DALAM KERETA DENGAN BETUL

1. Adjust menggunakan seat control

Masa kita adjust seating kita sendiri sebagai driver, pastikan lutut kita sedikit membengkok dan kaki betis lurus ke pedal minyak. Cara ini tidak akan menyakitkan tulang kita.

2. Ada gap dua jari dengan pelipat lutut

Antara pelipat lutut dan tempat duduk tu pastikan ada dua jari gap ruang di bahagian tersebut. Kalau tak dapat, slide balik seating ke depan dan belakang sampai dapat gap dua jari tu.

3. Punggung dan peha selari

Elakkan duduk pada seating yang terbenam. Kalau punggung lebih rendah dari peha, takut-takut susah nak kawal pemanduan nanti.

Sekiranya seat driver dah terbenam, boleh ke kedai aksesori kereta untuk tukar material.

4. Backrest yang selesa

Pastikan backrest kita selesa dan tidak mengganggu keselesaan postur badan dan leher. Lagi-lagi bahagian leher, nak toleh kiri kanan pun boleh terasa sakit kalau postur leher tak betul.


Pemanduan yang selamat dikira dari keselesaan tempat duduk driver dalam kereta juga. Sebab tu bila kita drive kereta orang lain, kita boleh rasa tak yakin untuk pandu dengan betul. Yelah, seating driver tu lain-lain!

Yang mana baru belajar memandu atau baru sahaja dapat lesen memandu, tips ni sangat berguna untuk anda!


Nak tahu cara selesaikan kereta kena tunda? Baca di sini

Pernah ambil tahu cara memandu di simpang tanpa tanda isyarat? Baca di sini

Nak renew lesen memandu? Klik di sini

Nak renew insurans dan roadtax kereta? Klik di sini

Nak renew insurans dan roadtax motor juga? Klik di sini