Ketahui punca suhu kereta boleh naik tiba-tiba

Panik bila tengah drive tiba-tiba suhu kereta naik!

Alamak apa pulak masalah kali ni?

Jangan panik dulu.. kekal tenang dan cari ruang selamat untuk berhentikan kereta. Jangan teruskan pemanduan, bahaya!

Banyak faktor suhu kereta naik secara tiba-tiba ni. Kalau kita ambil tahu punca-punca ni, lagi mudah untuk kita nak hadap.


Punca suhu kereta naik tiba-tiba

Punca suhu kereta boleh naik tiba-tiba:

1) Kipas radiator rosak

Kipas radiator berfungsi untuk mengawal suhu enjin dan digerakkan oleh motor elektrik.

Kalau kipas ni rosak, suhu kereta akan naik dan enjin akan menjadi terlalu panas. Kerosakan kipas ni berlaku disebabkan fius terbakar atau ada masalah pada sistem pendawaian kipas radiator.

2) Air coolant bocor

Air radiator boleh jadi kering disebabkan oleh radiator bocor atau penutup radiator yang rosak atau haus.

Bila ni berlaku, sistem penyejukan kereta akan rosak atau tersumbat dan boleh ganggu sistem kereta untuk kekalkan suhu enjin pada paras normal dan menyerap haba panas daripada enjin.

3) Water pump rosak

Fungsi water pump kereta adalah untuk mengalirkan air coolant ke seluruh enjin.

Jika air coolant terlalu kotor atau terlalu banyak endapan terkumpul, ia boleh halang air coolant daripada bergerak melalui pam. Enjin pun akan menjadi terlalu panas.

4) Thermostat masalah

Thermostat ni berfungsi untuk kawal aliran air coolant melalui enjin.

Kalau thermostat ni rosak, secara tak langsung amaun air coolant yang dialirkan boleh jadi terlalu sedikit sehingga tidak dapat menstabilkan suhu enjin.

Secara tak langsung, temperature enjin kereta akan naik.

5) Radiator tersumbat

Radiator tersumbat atau rosak boleh beri kesan terhadap kitaran air coolant yang menyejukkan enjin. Secara tak langsung, enjin kereta akan jadi overheat bila suhu sejuk dari luar tak dapat memasuki ruang enjin.


Sebab tu bila dah lama tak servis kereta, suhu boleh jadi naik tiba-tiba! Pantau enjin kereta anda sebelum stuck di tepi jalan.


Nak tahu cara jaga tayar kereta dengan betul? Baca di sini

Pernah adjust seating kereta untuk driver? Baca di sini

Nak renew insurans dan roadtax kereta? Klik di sini

Nak renew lesen memandu? Klik di sini

Nak check NCD kereta? Klik di sini