Cara selamat memandu di jalan gelap waktu malam

Bila lalu jalan gelap waktu malam ni gerun juga sebenarnya. Lagi-lagi kalau lalu lebuhraya tak ada lampu.

Bila lalu bukan musim orang balik kampung lagi lah seram, kita sorang je ada kat situ.

Masa ni jugak lah banyak kemalangan boleh berlaku. Kita tak nampak simpang, jalan membelok pun tak boleh nampak jelas.

Sebab tu penting kalau kita tahu cara-cara memandu dengan selamat di kawasan jalan gelap.

Haa ikut je langkah-langkah ni!


5 CARA MEMANDU KERETA DI JALAN GELAP WAKTU MALAM

CARA SELAMAT MEMANDU DI JALAN GELAP WAKTU MALAM

1. Gunakan lampu sebaiknya

Jangan pandu kereta kalau lampu kereta kita ada masalah. Tak ada lampu lah, lampu jadi malap lah.

Kalau ada masalah ni bukan setakat tak nampak jalan nanti, polis pun akan tahan!

2. Pastikan windscreen bersih

Windscreen kena selalu bersih macam baru basuh. Kadang-kadang bila lalu kawasan kampung atau sawit, banyak serangga malam akan melintas depan cermin kita.

Akan jadi kotor dan lagi susah nak pandu.

3. Jangan tenung lama kenderaan lain

Ha ni yang kita selalu buat. Bila ada kereta melintas je kita akan tenung pula kereta tu!

Tak pasal-pasal sakit mata sebab fokus sangat dekat cahaya kenderaan lain.

4. Peka dengan sekeliling

Kadang-kadang ada yang bawa basikal, motor, jalan kaki tengah malam. Ada juga binatang yang suka melintas kat jalan gelap ni.

Kalau tak peka boleh akibatkan insiden lagi-lagi di kawasan kampung.

5. Dapatkan pemeriksaan mata

Ramai beralasan tak boleh drive malam. Bila jalan jauh tak boleh beralasan lagi sebab memang kita je kena drive.

Kalau kita dah ada tanda tak boleh drive malam, terus buat je pemeriksaan mata. Jangan lengah-lengah sampai dah teruk mata tu.


Jangan lupa juga hidupkan insurans kereta tu. Kalau dah expired lagi susah nanti bila jadi apa-apa!

Risiko tinggi bila kita memandu di jalan gelap waktu malam ni.


Apa nak buat bila kereta rosak tiba-tiba? Baca di sini

Perlindungan tambahan insurans kereta ni perlu ke tidak? Baca di sini

Nak renew roadtax dan insurans kereta? Klik di sini

Nak kira harga semasa roadtax? Klik di sini

Nak check NCD kereta? Klik di sini