Perlu ke ambil perlindungan tambahan insurans kereta?

Biasanya orang memang berat hati nak tambah perlindungan tambahan dalam insurans kereta. Bayar roadtax lagi, insurans lagi, nak kena tambah benda lain pula?

Tapi bila sesuatu berlaku luar jangkaan, insurans juga dicari dan dirayu untuk cover kerosakan yang terjadi. Ini jadi masalah.

Masalah kepada pencarum rasa insurans ni skim menipu bila syarikat insurans explain claim tersebut tiada dalam caruman. Masalah kepada pihak insurans pula bila mereka hilang kepercayaan daripada pencarum.

Jadi, Carver nak tolong explain siap-siap.

Perlindungan tambahan yang ada dalam polisi insurans kereta ni ada banyak. Tapi yang terpaling pentingnya ada dua:

👉🏻 Peril (bencana alam)
👉🏻 Windscreen

Ada juga yang lagi penting iaitu kita insured kereta kita berdasarkan Agreed Value daripada ambil Market Value.

Berbalik kepada persoalan kita. Perlu atau tidak tambah semua ni?

Mestilah perlu! Kalau tak ada perlindungan tambahan insurans kereta ni, banyak benda kita akan terlepas perlindungan.

Sini Carver terangkan 3 jenis utama perlindungan tambahan dalam insurans kereta.

Perlindungan tambahan insurans kereta

JENIS-JENIS PERLINDUNGAN TAMBAHAN YANG PERLU:


1) Peril

Peril ni terbahagi kepada dua. Peril Khas dan Peril Am. Peril Khas ni semua jenis bencana alam dia tolong cover. Kalau Peril Am pula ada dua atau tiga jenis bencana sahaja yang dicover.

Baru-baru ni ada posting viral kata dia tak add-on perlindungan Peril dalam insurans kereta. Bila bawa ke pusat servis, RM60,000 jumlah yang perlu ditanggung akibat kerosakan kereta yang dialami ketika banjir 2021.

Add-on Peril ni tak mahal pun. Tapi orang kita selalu ambil mudah rasa macam tak perlu. Sebenarnya rakyat Malaysia ni dah dikira wajib tambah Peril dan beri keutamaan pada Peril Khas.

Negara kita negara hutan hujan tropika. Memang hampir setiap tahun ada bencana alam seperti banjir atau tanah runtuh.

2) Windscreen

WIndscreen ni tak ambil pun tak apa. Tapi dengan jalan raya dan lebuhraya yang banyak berlubang dan kerosakan sekarang, better ambil lah perlindungan windscreen. Menangis nanti.

Tu belum lagi kes pemotong rumput tak ada shield ketika memesin rumput. Dah habis kena cermin kereta kita! Mana nak cekau duit ganti baru?

3) Agreed Value

Kenapa lebih baik ambil Agreed Value daripada Market Value? Sebab kalau jadi apa-apa nanti kepada kereta kita, kita dapat untung lebih. Contohnya seperti kecurian kereta atau kereta total loss.

Nilai yang dipersetujui lebih tinggi dari nilai semasa. Yang lebih untung adalah ambil nilai dipersetujui.


Nak tambah perlindungan tambahan insurans kereta itu terpulang kepada kita. Tapi kalau jadi apa-apa yang tak dilindungi, jangan tuduh syarikat insurans ni skim menipu pulak.

Sediakan payung sebelum hujan dengan Carver! Tambah polisi perlindungan tambahan sekarang!


Untung ke ambil insurans murah? Baca di sini

Boleh pindah NCD kereta lama ke kereta baru? Baca di sini

Nak renew lesen memandu? Klik di sini

Nak renew insurans kereta? Klik di sini

Nak transfer ownership kenderaan? Klik di sini