Cara mengatasi masalah lipas membiak dalam kereta

Eee rasa geli betul bila lipas dah membiak dalam kereta.

Baru je beli makan minum, tengok sekali lagi dah penuh lipas berkerumun.

Rasa nak buang kereta pun ada!

Jangan macam tu. Setiap kereta memang ada masalah lipas ni.


Sebab kita kerap bawa masuk barang lepas shopping groceries, makanan dan minuman. Yang selalu makan dalam kereta pun tak sedar bila ada makanan tumpah.

Tu yang mengundang lipas berkampung!


Cara mengatasi masalah lipas membiak dalam kereta

Di sini ada cara macam mana nak halau lipas dari berkampung dalam kereta kita.

1. Gunakan daun pandan

Bau daun pandan yang kuat dan wangi ni memang sangat dibenci lipas.

Boleh ikat dan letakkan sahaja dalam kereta. Tapi kalau risau terlepas pandang sampai reput daun tu, gunakan beg kain berjaring halus.

Caranya potong daun pandan dan masukkan dalam beg kain tersebut.

2. Gunakan perangkap lipas

Perangkap lipas dah banyak jual sekarang. Contohnya yang menggunakan kertas minyak dan diletakkan dalam kereta.

Boleh cuba check di Shopee atau kedai hardware.

3. Beli spray halau lipas

Yang ni antara paling berkesan.

Spray penghalau lipas ni mempunyai bahan kimia yang bunuh lipas dan sarangnya dalam kereta.

Ramai risau nak gunakan spray sebab bahan kimia tu. Tapi sekarang dah ada spray halau lipas yang organik.

4. Kerap bersihkan dalam kereta

Luar dah selalu cuci. Tapi dalam kereta Tuhan je tahu betapa kotornya!

Dengan fries jatuh sampai reput, kesan air manis atas karpet dan macam-macam lagi.

Bersihkan lah dalam kereta at least seminggu sekali.

5. Elakkan parking tempat sampah

Antara yang ramai terlepas pandang adalah parking tempat yang kotor.

Parking tempat kotor ni bukan lalat dan tikus je banyak. Sarang lipas lagi lah banyak!


Nak tahu apa punca coil magnet motosikal rosak? Baca di sini

Pernah ambil tahu kadar had laju jalan di Malaysia? Baca di sini

Nak tukar insurans kereta kepada Takaful? Klik di sini

Nak renew lesen memandu? Klik di sini

Nak transfer ownership kenderaan dengan mudah? Klik di sini