Ketahui tanda-tanda pad brek dah tak boleh pakai

Ramai suka ambil mudah pasal brake pad atau pad brek. Memang terlalu bahaya kalau kita memandu tanpa memeriksa keadaan pad brek kita.

Banyak kemalangan atau kerosakan lain seperti brake disc jadi sebab kita ambil mudah sangat dengan keadaan brake pad. Sepatutnya habis berapa puluh ringgit je, tiba-tiba berhabis beratus sebab kena tukar keseluruhannya bila dah kacau sistem lain.

JANGAN AMBIL MUDAH!

Ambil tahu tanda-tanda brake pad dah rosak atau tak boleh digunakan lagi.

Macam mana nak tahu kalau pad brek tu dah rosak atau tak boleh pakai?

Tanda-tanda pad brek dah rosak

5 TANDA-TANDA PAD BREK DAH TAK BOLEH PAKAI

1. Lampu brek menyala

Lampu brek akan menyala atau berkelip memberi isyarat yang brek pad kita dah kena tukar. Tetapi yang malangnya, kereta di Malaysia sendiri belum ada simbol amaran ni kecuali status kereta yang premium atau mewah.

2. Mengeluarkan bunyi bergesel

Jika semasa kita memandu dan menekan brek, tiba-tiba brek seperti bergesel dan berbunyi kuat. Itu tandanya brek pad dah kena tukar sebab dah haus. Sekiranya dibiarkan, boleh jadi seluruh sistem brek kenderaan akan rosak.

3. Kereta bergegar dan tidak stabil

Ingatkan alignment tayar yang lari je kereta akan jadi begini. Rupa-rupanya jika kereta bergegar dan bergerak ke kanan kiri, boleh jadi pad brek kita pun dah tak boleh pakai.

4. Minyak brek bocor

Periksa brek dan minyak brek secara berkala sangat lah penting. Kita sendiri kena ambil tahu paras minyak brek sebab takut habis atau dah berkurang. Kalau minyak brek kotor pun sudah menandakan minyak brek perlu diganti dengan segera. Minyak brek ni sendiri boleh kasi efek bahaya bila kita tak lakukan servis yang sepatutnya.

5. Bau terbakar atau hangit

Brek pad yang terlalu panas boleh keluarkan bau terbakar atau hangit pada enjin kereta. Kalau benda ni jadi semasa memandu, lebih baik kita berhenti tempat selamat dengan cepat. Kalau ada bau dari tayar, maksudnya kaliper brek sudah rosak dan tak boleh berfungsi dengan baik.


Rajin-rajin lah periksa keadaan kereta sendiri sebelum berlaku benda yang kita tak mahu.

Sediakan payung sebelum hujan lebih baik daripada biarkan dompet kering!


Nak ambil insurans kereta murah? Baca di sini

Nak claim insurans untuk kawan? Baca di sini

Nak transfer ownership kereta? Klik di sini

Nak check harga roadtax? Klik di sini

Nak renew insurans motor? Klik di sini