Macam mana nak buat tuntutan untuk kemalangan motor?

Bagi pengguna-pengguna motor di luar sana, bila terjebak dalam kemalangan, pastikan anda cuba dapatkan bantuan. Jangan lupa untuk kumpul bukti-bukti penting untuk memudahkan proses tuntutan dan buat laporan polis dengan serta merta.


cara claim insurans motor bila kemalangan

Macam mana nak buat tuntutan dengan syarikat insurans sendiri?

Kalau kemalangan tu berpunca daripada kesalahan sendiri, anda boleh buat tuntutan kerosakan sendiri sahaja. Ada juga situasi kemalangan yang bukan berpunca daripada diri sendiri, kita boleh buat tuntutan kerosakan sendiri iaitu Knock-for-Knock. Ini bukan tuntutan insurans pihak ketiga ya.

Apa dokumen-dokumen penting yang syarikat insurans perlukan untuk buat tuntutan kemalangan?

Dokumen-dokumen yang diperlukan:

👉 Borang tuntutan yang lengkap
👉 Salinan asal laporan polis
👉 Salinan kad pengenalan dan lesen memandu (pemandu dan pemegang polisi)
👉 Salinan sijil pemilikan kenderaan
👉 Gambar kejadian kemalangan dan kerosakan pada kenderaan
👉 Dokumen polis yang menyatakan pihak yang dikompaun bagi kesalahan jalan raya


Macam mana nak buat tuntutan dengan syarikat insurans pihak ketiga?

Situasi kemalangan yang membolehkan kita tuntut kerosakan harta dari pihak ketiga adalah apabila ada kerosakan kereta atau harta yang disebabkan kemalangan berpunca dari pihak ketiga atau kerugian kewangan yang lain seperti CART atau ekses.

Cara buat tuntutan:

1. Hantar kereta anda ke bengkel panel syarikat insurans
2. Lantik ajuster untuk taksir kos kerosakan kereta anda

Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk buat tuntutan insurans pihak ketiga:

👉 Salinan asal laporan polis
👉 Salinan kad pengenalan dan lessen memandu (pemandu dan pemegang polisi)
👉 Salinan sijil pemilikan kenderaan
👉 Laporan ajuster
👉 Bil kos pembaikan kereta anda
👉 Gambar kejadian kemalangan dan kerosakan pada kenderaan
👉 Dokumen polis yang menyatakan pihak yang dikompaun bagi kesalahan jalan raya


Untuk pastikan tuntutan insurans anda tidak ditolak, anda kena maklumkan kepada syarikat insurans dalam tempoh 7 hari dari kemalangan. Pastikan dokumen lengkap ya!


Macam mana nak claim insurans kemalangan kereta? Boleh baca di sini

Perlindungan insurans yang anda perlu tahu! Boleh baca di sini

Lesen dah expired, nak renew? Klik di sini

Nak transfer ownership kereta atau motosikal? Klik di sini

Nak kira harga roadtax? Klik di sini

Nak check NCD? Klik di sini