Macam mana nak claim insurans kemalangan?

Bila terjebak dengan kemalangan jalan raya, pastikan kita kekal tenang dan sabar untuk pastikan proses buat tuntutan insurans lebih mudah. Benda sudah terjadi, kalau marah nanti tak jadi apa!


kemalangan, car accident, insuran kereta, renew insuran, claim insuran, tuntutan insuran

CARA-CARA BUAT TUNTUTAN INSURANS BILA KEMALANGAN

1. REKOD BUKTI-BUKTI KEMALANGAN

Langkah ni adalah sangat penting untuk memastikan proses buat tuntutan lebih mudah. Jangan lupa untuk catat masa dan lokasi di mana kemalangan berlaku.

Catat juga maklumat si pelanggar atau mangsa yang dilanggar; nombor lesen, nombor telefon, alamat rumah, model & nombor plat kereta dan syarikat insurans yang didaftarkan.

Ambil juga gambar kawasan eksiden tu, kerosakan kereta, nombor plat, roadtax dan kad pengenalan orang yang terlibat dalam kemalangan.

2. BUAT LAPORAN POLIS DI BALAI

Kena buat laporan polis dalam masa 24 jam. Perbualan kita dan saksi akan direkod atau dirakam semasa di balai.

Pegawai polis akan ambil gambar kereta yang terbabit dalam kemalangan serta dokumen-dokumen lain. Kita akan terima keputusan dari balai dalam masa 15 hari.

3. INFORM SYARIKAT INSURANS

Kita kena maklumkan kepada syarikat insurans dalam masa 7 hari. Kita kena sediakan berapa jumlah kos untuk baik pulih kerosakan kereta untuk buat tuntutan nanti. Boleh pergi ke bengkel kereta untuk dapatkan anggaran kos.

4. BAIK PULIH KERETA DI BENGKEL PANEL

Ada senarai bengkel-bengkel panel yang syarikat insurans dah sediakan. Kita boleh pilih mana-mana bengkel yang meyakinkan. Kalau kereta kita yang dilanggar, kita akan buat tuntutan dari insurans pihak si pelanggar tau. Jadi, insurans kita masih selamat!


Itu sahaja langkah-langkah yang perlu diambil apabila buat tuntutan insurans untuk kemalangan.

Tetapi, kalau ada abang pomen ramai-ramai yang datang di lokasi kemalangan tu, jangan sesekali bersetuju untuk ambil perkhidmatan mereka ya!

Lebih baik telefon syarikat insurans atau customer service hotline. Dapatkan nombor plat tow truck dan nombor telefon driver yang akan datang ke lokasi kemalangan.


Sebab tu lah pentingnya ada insurans untuk kenderaan anda. Tanpa insurans, anda nak buat tuntutan kat siapa?

Baca di sini sebab-sebab kenapa anda wajib ambil insurans

Nak semak No Claim Discount? Klik di sini.

Nak renew lesen? Klik di sini.