Perkara yang perlu dilakukan bila kemalangan

Jika anda terjebak dalam kemalangan, sebelum apa-apa, sila bertenang dulu! Kalau tak bertenang, nanti kita rugi sendiri sebab tak dapat selesaikan dengan baik.
Apa-apa kemalangan pun, jangan terus mengaku kita salah dan langgar kereta tu. Jangan terus setuju dengan apa-apa tawaran atau penyelesaian dan jangan tanda tangan apa-apa dokumen! Ingat ya!
APA NAK BUAT BILA TERLIBAT DALAM KEMALANGAN?

1. Dapatkan bantuan terlebih dahulu
Anda boleh hubungi syarikat insurans kalau kereta mengalami kerosakan yang teruk dan jika perlu ditunda. Jangan berurusan dengan pengendali trak tunda selain dari trak tunda yang dibenarkan oleh syarikat insurans kita!
Sila ambil nama dan nombor pengendali trak tunda atau Accident Assist yang syarikat insurans sediakan. Tunggu mereka sampai.
2. Dapatkan bukti penting
Anda perlu catat lokasi dan masa kemalangan. Jangan lupa ambil gambar kejadian kemalangan dan juga bahagian kerosakan pada kenderaan dan pihak yang terlibat dalam kemalangan. Dapatkan maklumat dari pihak yang terlibat seperti no lesen memandu, no telefon, alamat tempat tinggal, model dan no plat kenderaan, serta syarikat insurans.
3. Buat laporan polis secepat mungkin
Bila semua maklumat penting dah ada, anda perlu buat laporan dalam tempoh 24 jam di balai polis yang berhampiran. Kalau lambat boleh dikenakan denda. Jadi, jangan melengah-lengahkan masa. Kalau boleh, pergi ke balai polis sejurus selepas kemalangan berlaku.
4. Maklumkan kepada syarikat insurans
Anda perlu maklumkan kepada syarikat insurans dalam tempoh tujuh hari dari tarikh kemalangan. Ini untuk pastikan proses nak buat tuntutan dari syarikat insurans lebih mudah dan cepat. Apa-apa dokumen yang diminta perlu dilengkapkan terlebih dahulu termasuk dengan dokumen bukti kemalangan.
5. Hantar kereta ke bengkel panel
Sila dapatkan senarai bengkel panel daripada syarikat insurans anda. Kalau kerosakan kereta sendiri, syarikat insurans akan lantik adjuster untuk taksir kerosakan.
Ada dua jenis tuntutan kemalangan:
Tuntutan Kerosakan Sendiri:
Tuntutan ni adalah untuk kerugian atau kerosakan pada kereta anda daripada syarikat insurans anda sendiri.
Tuntutan Kerosakan Harta Pihak Ketiga:
Tuntutan ni adalah terhadap syarikat insurans pihak lain jika kemalangan bukan berpunca daripada kesalahan anda.
Macam mana nak claim insurans bila eksiden? Boleh baca di sini
Perlindungan insurans yang anda perlu tahu! Boleh baca di sini
Lesen dah expired, nak renew? Klik di sini
Nak transfer ownership kereta atau motosikal? Klik di sini
Nak kira harga roadtax? Klik di sini
Nak check NCD? Klik di sini