Boleh ke nak batalkan insurans kenderaan?

Anda nak batalkan polisi insurans sebab nak jual kenderaan kepada orang lain. Ataupun anda nak batalkan polisi insurans sebab nak tukar kepada polisi dari syarikat insurans yang lain. Boleh ke dapat refund insurans kenderaan dari syarikat insurans anda sekarang?

Jawapannya.. boleh. Polisi insurans kenderaan boleh dibatalkan pada bila-bila masa je sebelum tamat tempoh. Kita ada kebebasan untuk keluar dari sesuatu polisi insurans yang kita dah tak nak. Tapi, jumlah refund bergantung pada waktu anda batalkan insurans tu.


Apa perlu kita buat untuk batal kan insurans kenderaan?

👉 Semak dulu Terma & Syarat di website syarikat insurans
👉 Call syarikat insurans atau ejen insurans
👉 Hantar request pembatalan insurans kenderaan kepada syarikat insurans. Mereka akan proseskan dan batalkan kontrak.
👉 Pulangkan semua sijil-sijil berkaitan dengan insurans kenderaan. Insurans akan jadi tak sah secara serta merta.
👉 Tanda tangan sendiri agreement pembatalan. Tidak boleh wakilkan orang lain untuk tanda tangan.


Berapa banyak refund dari syarikat insurans yang kita akan dapat?

Kita memang akan dapat semula refund dari syarikat insurans tetapi ada beberapa pengecualian.

Syarikat insurans hanya akan bayar separuh dari nilai dan hanya akan ditentukan berdasarkan waktu kita buat pembatalan tu. Kita tak akan dapat refund jika insurans kenderaan dah aktif lebih dari 8 bulan. Makin lambat pembatalan dibuat, makin kurang jumlah refund diterima.

Nak pastikan refund yang diterima adalah berbaloi, kita kena batal kan polisi secepat mungkin kalau nak tukar polisi lain atau jual kereta. Sekurang-kurangnya 5 bulan sebelum tiba masa nak renew inusrans.

Anda boleh refer jadual di bawah untuk tahu berapa jumlah refund insurans kenderaan akan diterima sekiranya pembatalan dibuat mengikut masa-masa tertentu.

jumlah refund bila batalkan insurans

Macam mana nak tukar hakmilik kenderaan? Boleh baca di sini

Perlindungan insurans yang anda perlu tahu! Boleh baca di sini

Lesen dah expired, nak renew? Klik di sini

Nak transfer ownership kereta atau motosikal? Klik di sini

Nak kira harga roadtax? Klik di sini

Nak check NCD? Klik di sini