Tambah perlindungan insurans untuk lebih selamat!

Sebelum nak renew insurans, anda kena tahu yang insurans kenderaan pun ada perlindungan tambahan lain!

Ada perlindungan tambahan untuk pemandu lain, bahagian kereta yang tertentu, bencana alam dan macam-macam lagi!

Penting ya untuk kita tahu tentang jenis perlindungan insurans tambahan (add-on) yang ada. Anda boleh pertimbangkan untuk ambil atau tak.


JENIS-JENIS PERLINDUNGAN INSURANS TAMBAHAN

insurans tambahan, perlindungan tambahan, insurans kenderaan, insurans windscreen, insurans cermin kereta

1. WINDSCREEN

Windscreen atau cover cermin ni penting untuk anda jaga NCD – No Claim Discount.

Kes-kes yang biasa berlaku macam cermin terkena batu masa di highway. Siapa pulak nak dipersalahkan?

Harga untuk ganti cermin baru bukan murah ya! Kereta kecik je dah RM500, kereta besar dan berjenama sikit dah boleh cecah RM2000! Kalau kita ada insurans tambahan ni, kita boleh claim untuk cermin je.

Jadi, NCD anda tak kacau sebab anda tak claim pada insurans asas. Bila nak renew insurans nanti boleh dapat diskaun!

2. TAMBAH NAMA PEMANDU LAIN

Bila eksiden berlaku pada pemandu yang tak didaftarkan, bayaran tambahan sebanyak RM400 akan dikenakan.

Uish mahal jugak tu! Jadi, perlu lah ada additional permitted driver untuk isteri ke, anak-anak, adik-beradik atau ibu bapa.

Ataupun, boleh jugak nak ambil insurans add-on yang cover semua pemandu. Siapa-siapa je boleh pandu kereta anda dan dapat perlindungan.

Kereta peribadi yang didaftarkan di bawah syarikat memang disarankan untuk ambil insurans tambahan ni. Semua pemandu termasuk staff yang guna kereta akan perlindungan.

insurans tambahan, perlindungan tambahan, insurans kenderaan, kereta kena tarik, kereta towing

3. TOWING

Ambil insurans tambahan untuk towing sebab syarikat towing selalu ada limit jarak [km]. Ada yang 50km, 150km, 200km untuk pergi dan balik. Ada dua jenis towing iaitu towing untuk breakdown dan towing untuk kemalangan.

Bagi yang selalu ke sana ke sini untuk oustation, kalau tiba-tiba apa terjadi kat kereta mesti mahal nak tarik kereta sampai ke tempat anda. Lebih baik ambil Unlimited Towing sebab semua jarak dan semua jenis towing akan dicover.

4. CART

Cart ni adalah claim yang boleh kita buat bila kereta masuk bengkel untuk repair. Kita boleh claim RM50 atau RM100 sehari untuk 7 hari, 14 hari atau sebulan.

Yelah, repair kereta bukan kejap. Tapi, anda boleh claim kalau ada insurans tambahan ni je! Kalau tak ada, memang tak dapat la.

insurans tambahan, perlindungan tambahan, insurans kenderaan, kereta kena tarik, kereta towing

5. SPECIAL PERILS

Tahu tak kalau kereta tenggelam banjir ke pokok tumbang atas kereta sebab ribut ke, insurans komprehensif tak cover?

Haa sebab tu pentingnya kena ambil insurans tambahan ni. Bencana alam boleh berlaku pada bila-bila masa je! Jadi, kereta anda akan dapat perlindungan dari bencana alam.

Premium untuk perlindungan ni adalah 0.5% dari sum insured. Tapi, peratusannya berbeza bagi syarikat insurans dan Takaful. Anda boleh request pada syarikat insurans untuk tambah add-on ni.

6. AKSESORI KERETA

Siapa yang suka belanja duit banyak untuk aksesori kereta, baik ambil add on ni!

Boleh dapat pampasan untuk aksesori kereta kalau ada kecurian atau kerosakan yang terjadi disebabkan oleh kemalangan atau cubaan mencuri. Tapi, tayar yang rosak atau kena curi tak dapat perlindungan tau.

7. RUSUHAN & KEMUSNAHAN AWAM

Coverage ni untuk melindungi kereta dari apa-apa kerosakan atau kehilangan yang disebabkan oleh rusuhan dan kekecohan awam.

Memang sah la bukan silap kita kan! tapi kalau berlaku dan tak ada insurans tambahan ni, anda tak dapat claim apa-apa.


Macam mana nak pilih insurans terbaik? Baca di sini untuk ketahui tips beli insurans terbaik!

Nak semak No Claim Discount? Klik di sini.

Nak renew lesen? Klik di sini.