Claim insurans untuk tanggung kos rawatan kecederaan kawan?

Waktu lunch hour pergi keluar makan bersama kawan-kawan. Kawan drive kereta anda, tiba-tiba *BAAAANGG!* eksiden pulak! Kawan cedera disebabkan terkena serpihan kaca cermin kereta. Boleh ke anda sebagai owner kereta nak claim insurans tanggung kos rawatan kawan tu?

Dah tengah-tengah bulan, memang duit tak berapa nak ada. Macam mana nak tanggung kos rawatan kecederaan kawan?

Kekal tenang! Walaupun anda rasa serbasalah perkara yang tak diingini seperti ni boleh berlaku tapi… anda berperasaan macam tu sebab anda adalah manusia yang berhati perut!

Anda boleh claim insurans untuk tanggung kos rawatan jika.. anda ada perlindungan insurans tambahan yang dipanggil Legal Liability to Passenger (LLP).

Tapi, sebelum tu anda kena check dengan syarikat insurans dulu berapa had yang dikenakan untuk jumlah bil perubatan yang boleh syarikat insurans boleh tanggung.​

Tak ada ambil LLP? Kena bayar sendirilah nampaknya. ​

​Jadi, apa kata anda ambil perlindungan tambahan ni. Apalah sangat tambah duit sikit RM20 – RM50 untuk perlindungan masa hadapan. Sediakan payung sebelum hujan, betul tak?​

insurans kereta, syarikat insurans, claim insurans, kemalangan

Beli insurans untuk beri perlindungan kepada semua pemandu bagi kenderaan yang sama!

Bila family besar ni biasa lah kan, satu kenderaan akan dipandu oleh lebih dari satu pemandu. Ataupun, ibu bapa beli kereta untuk anak-anak pandu ke kolej. Nama polisi insurans dan nama kereta adalah atas nama ibu bapa – owner secara rasmi.

Macam mana dengan anak-anak, mereka dapat perlindungan insurans yang sama tak? Jangan risau! Boleh tambah sehingga 5 nama pemandu lain atas “Name Driver” policy untuk satu kenderaan yang sama.

Nak tambah nama pemandu kedua adalah percuma. Nama selebihnya akan dikenakan bayaran. Lebih baik tambah je nama-nama pemandu yang memang akan gunakan kenderaan tersebut. Jika apa-apa berlaku, mereka memang akan dapat perlindungan yang sama.

Kalau nama yang tak berdaftar, mereka boleh dikenakan denda sebanyak RM400 bila terjebak dengan kemalangan!


Macam mana nak claim insurans bila eksiden? Boleh baca di sini

Kenapa claim boleh ditolak oleh syarikat insurans? Boleh baca di sini

Lesen dah expired, nak renew? Klik di sini

Nak transfer ownership kereta atau motosikal? Klik di sini

Nak kira harga roadtax? Klik di sini

Nak check NCD? Klik di sini