Terhidu gas aircond kereta boleh bawa maut

Pernah ada kes viral sekitar tahun 2020, 4 sahabat pulang dari bercuti dan 3 daripadanya maut dalam kereta dan 1 kritikal.

Mangsa yang terselamat tu daripada kejadian tersebut ada memuat naik klip video penerangan macam mana kejadian tu boleh berlaku.

Selama ni orang ramai assume mereka tertidur dalam kereta. Tapi sebenarnya mereka pengsan secara tiba-tiba.

Kes ni jadi disebabkan gas aircond kereta bocor. Bila gas aircond kereta bocor, udara dalam kereta pun bersifat asidik! 😭


MACAM MANA GAS AIRCOND KERETA BOLEH BOCOR?

Gas aircond kereta bocor tanpa kita sedar

👉🏻 Sistem ekzos rosak

Kalau fungsi mekanikal kereta tak capai standard, high chances kebocoran ekzos kereta boleh masuk ke kabin kereta. Yang mana ada dalam kereta tu boleh mati lemas sebab kekurangan oksigen. Dalam masa kurang sejam sahaja!

👉🏻 Karbon monoksida meningkat

Pengumpulan karbon monosikda (CO) boleh meningkat disebabkan kebocoran dan kegagalan fungsi ekzos kereta. Boleh sesak nafas dan lemas bila CO terkumpul secara mendadak ni.

👉🏻 Penurunan paras oksigen dalam darah

Peningkatan CO di dalam kereta boleh efek oksigen dalam darah kita. Secara tak langsung darah akan bawa banyak CO dan menyebabkan kematian secara tiba-tiba!


Orang selalu pesan buka tingkap bila berhenti rehat di kawasan Rehat dan Rawat (RnR) atau petrol pam kalau nak biarkan enjin kereta hidup.

TAPI kena ingat! Kita buka tingkap pun tetap tak jamin keselamatan kita dan orang lain dalam kereta. Sebab paras karbon monoksida tetap boleh terkumpul.


Ada kereta bukan setakat pakai untuk ke sana sini, pemeriksaan kendiri pun perlu dilakukan. Kalau tak tahu, hantarlah ke pusat servis kereta setahun sekali untuk periksa kondisi aircond kereta kita.

Lagi jauh kita nak pandu kereta, lagi berisiko kondisi kereta kita tu sendiri! Bab gas aircond kereta bocor bukan boleh buat main!


Apa perlu buat bila eksiden? Baca di sini

Macam mana kereta boleh terbakar? Baca di sini

Nak renew lesen kereta? Klik di sini

Nak kira harga roadtax? Klik di sini

Nak transfer ownership kereta? Klik di sini