Apa yang anda perlu tahu sebelum beli insurans kereta?

Bila nak beli kereta atau apa-apa jenis kenderaan, perkara yang paling penting ialah kita perlu ada insurans kenderaan! Insurans ni penting untuk kebaikan diri sendiri dan penumpang kereta yang lain. Baik isteri, anak-anak atau ahli keluarga.


insurans kereta, claim insurans, insurance claim, syarikat insurans, polisi insurans

PERKARA-PERKARA PENTING ANDA KENA TAHU SEBELUM BELI INSURANS

1. Renew insurans anda awal sebelum tarikh luput! (Renew online lebih senang!)

Kenapa kena renew insurans awal? Ini adalah untuk memastikan diri anda dan sentiasa mendapat perlindungan. Kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa je.

Jika insurans dah expired dan anda belum renew insurans lagi, macam mana nak tanggung ganti rugi dan kerosakan? Anda tak layak untuk buat tuntutan insurans! Harga insurans pun akan jadi lebih rendah​ bila anda renew sebelum tarikh luput.

2. Bandingkan dengan syarikat insurans yang lain​

Setiap syarikat insurans akan ada kadar premium yang berbeza. Nilai insurans ni berbeza ikut kondisi kenderaan dan jenis perlindungan yang anda nak ambil.

Kadang-kadang beza sampai 50% Jadi, tak semestinya syarikat insurans A tawarkan harga lebih murah dari syarikat insurans B bermaksud perlindungan bagi kedua-dua insurans adalah sama.

3. Semak terlebih dahulu perlindungan insurans yang disediakan

Pastikan anda bayar insurans untuk perlindungan yang anda perlu​ sahaja. Semak balik apa perlindungan yang syarikat insurans tawarkan untuk pastikan anda tak bayar premium insurans yang terlalu tinggi.

Boleh maklumkan kepada syarikat insurans jika ada penambahan yang diletak tak diperlukan.

4. Ambil perlindungan tambahan

Ambil Legal Liability to Passenger (LLP) sebagai insurans tambahan anda.

Kenapa ambil insurans tambahan ni? Tujuannya adalah untuk pastikan anda boleh claim insurans walaupun kereta eksiden disebabkan orang lain​ yang memandu. Biasalah kan, kereta kadang-kadang dipinjam oleh adik-beradik atau kawan-kawan.

Untuk pastikan semua pemandu mendapat perlindungan, anda boleh maklumkan kepada syarikat insurans untuk tambahan perlindungan ni.

5. Nak batalkan polisi insurans

Sebagai pemegang polisi insurans, anda berhak untuk batalkan polisi. Jumlah refund insurans yang anda terima adalah berdasarkan tempoh sebelum insurans expired.

Jika tempoh semakin dekat, maka jumlah refund yang anda terima adalah lebih sedikit. Anda boleh batalkan polisi insurans atas sebab nak tukar syarikat insurans lain ataupun nak jual kereta.

6. Boleh renew insurans secara online je!

Kalau anda masih renew insurans secara old school, pergi ke JPJ atau Pejabat Pos untuk renew insurans… anda rugi! Sebab sekarang anda boleh renew roadtax, lesen dan tukar hak milik kenderaan dengan mudah dan pantas menggunakan Carver.my!

Renew insurans anda sekarang di Carver!
👉 Lawati laman web www.carver.my
👉 Pilih renew insurans sahaja atau roadtax dan insurans
👉 Isikan maklumat anda dan buat bayaran
👉 Tunggu di rumah, kami hantar!


Perkara anda perlu tahu tentang insurans motor! Baca di sini

Semua jenis kenderaan boleh renew insurans, roadtax dan lesen secara online! Baca di sini

Lesen dah expired, nak renew? Klik di sini

Nak transfer ownership kereta atau motosikal? Klik di sini

Nak kira harga roadtax? Klik di sini

Nak check NCD? Klik di sini