Syarikat insurans bagi perlindungan kepada pemandu mabuk?

Banyak sangat kes kemalangan yang meragut nyawa disebabkan oleh pemandu mabuk! Semua tahu individu yang memandu dalam pengaruh alkohol ataupun dadah boleh dikenakan denda dan hukuman penjara! Jika berlaku kemalangan yang membabitkan pemandu mabuk, boleh ke dapat perlinungan insurans?

kemalangan kereta, pemandu mabuk, claim insurans, insurans kereta

PEMANDU MABUK DAPAT KE PERLINDUNGAN INSURANS JIKA TERBABIT DALAM KEMALANGAN?

Syarikat insurans masih boleh bagi perlindungan kepada pemandu yang terbabit dalam sebarang kemalangan yang berlaku dibawah pengaruh alkohol.

Kenapa pulak pemandu mabuk dapat perlindungan? Sebabnya… memandu dalam keadaan mabuk dianggap sebagai jenayah tanpa niat.​

Tapi, pemandu tetap didenda dan yang akan terima ganti rugi kerosakan kereta atau kecederaan bukan si pemandu mabuk tapi si pihak ketiga – mangsa yang dilanggar!

Bila situasi ni berlaku, syarikat insurans tak akan melindungi kerosakan kenderaan atau harta benda yang berpunca daripada pengaruh dadah atau alcohol. Tapi, mereka masih perlu bayar cederaan dan kerosakkan yang dialami pihak ketiga.​

Contohnya, satu situasi di mana si mangsa saman anda dan mahkamah dah putuskan jumlah sebanyak RM200k. Syarikat insurans akan bayarkan dulu kepada mangsa. Tapi… selepas anda dah terima surat dari syarikat insurans, anda kena bayar balik jumlah tu. Bukan tu je, anda pun kena bayar kos peguam bela!

PEMANDU MABUK TETAP BERTANGGUNGJAWAB ATAS KEMALANGAN YANG BERLAKU!

Walaupun syarikat insurans bayar kepada pihak ketiga, mereka berhak buat tuntutan balik, membatalkan polisi insurans atau meminta bayaran dua kali ganda dari pemandu mabuk tu.​

Ingat! Kesalahan memandu dalam keadaan mabuk atau pengaruh dadah boleh dikenakan hukuman berat dalam undang-undang Malaysia.

Belum tambah lagi dengan saman yang dikenakan oleh mangsa yang dilanggar. Jika ada kematian, keluarga si mati boleh tuntut sehingga RM30,000!

Kalau mabuk jangan memandu, jangan jadi sebab nyawa orang lain melayang!​


Kenapa claim boleh ditolak oleh syarikat insurans? Boleh baca di sini

Lesen dah expired, nak renew? Klik di sini

Nak transfer ownership kereta atau motosikal? Klik di sini

Nak kira harga roadtax? Klik di sini

Nak check NCD? Klik di sini