CARA LEKATKAN ROADTAX KERETA DENGAN MUDAH

Cara mudah lekat roadtax pada cermin kereta

Admin
in Uncategorized
Jun 15 ยท

Lekat roadtax ni ada caranya tersendiri.
Salah lekat, boleh sakit mata nanti.

Bukan setakat sakit mata, yang lenyek terus takleh lekat pun ada.
Terpaksa keluar duit lain untuk dapatkan roadtax baru.

Tak payah pening kepala lagi nak mencari jalan susah nak lekatkan roadtax kereta pada windscreen.

Nak tahu cara Carver lekatkan roadtax dengan bijak? Ikut je tips mudah ni!


Tips mudah lekatkan roadtax dengan bergaya:

CARA LEKATKAN ROADTAX DENGAN MUDAH
Kredit: Printlab.my

๐Ÿ‘‰๐Ÿป Beli cover plastik

Cover ni jenis plastik yang ada dijual di kedai buku atau alat tulis. Kita akan lekatkan roadtax pada cover ni, bukan pada sticker roadtax.

๐Ÿ‘‰๐Ÿป Guna sticker roadtax

Syarikat insurans sekarang memang dah bagi siap-siap sticker untuk lekatkan roadtax. Pastikan ada juga sticker ini di rumah.

Kita akan lekatkan cover pada roadtax ni. Kiranya ada dua layer.

๐Ÿ‘‰๐Ÿป Lekatkan roadtax pada cover

Langkah pertama perlu dibuat adalah lekatkan roadtax pada cover plastik tu dulu. Jangan terus lekatkan pada sticker roadtax.

๐Ÿ‘‰๐Ÿป Cover dilekatkan pada sticker

Bila dah lekatkan roadtax pada cover plastik tu tadi, lekatkan pula cover plastik yang dah ada roadtax ni pada sticker roadtax.

Langkah ini boleh dibuat dengan melekapkan sekali sticker roadtax dan cover tersebut pada cermin.

Cover plastik yang ada roadtax tadi di bahagian depan, sticker di bahagian belakang.

Kemudian, gunakan apa-apa kad yang boleh ratakan permukaan sticker kita di windscreen kereta.


Kalau nak terus lekatkan roadtax pada sticker tanpa menggunakan cover pun boleh. Tapi lama-lama roadtax tu boleh tertanggal dengan sendirinya.

Gunakan cover plastik tu sekali lebih baik.


Haa roadtax memang tahan lebih lama pada windscreen bila kita ikut cara ni.

Nak tanggalkan pun mudah bila roadtax dah expired. Buang sahaja cover plastik yang dilekatkan roadtax tu dan lekatkan cover plastik roadtax baru.

Sticker roadtax boleh recycle pakai lagi! Kan dah tak membazir macam tu?


Macam mana nak buat tuntutan kemalangan motor? Baca di sini

Pemandu mabuk dapat perlindungan insurans bila kemalangan? Baca di sini

Nak renew roadtax dan insurans kereta? Klik di sini

Nak renew lesen memandu? Klik di sini

Nak kira harga roadtax semasa? Klik di sini

    Comments are closed

    created with