5 tips elak kesilapan semasa beli insurans kereta

Sebelum ambil insurans kereta, ada banyak benda kita kena consider dulu. Tak semua insurans dan jenis perlindungan yang syarikat tawarkan sama macam yang kita nak.

Bila dah carum, baru lah tahu rupanya kita tersilap! Bila jadi apa-apa memang menanggung sendiri lah jawabnya.


Apa kesilapan yang sering terjadi dalam membeli insurans kereta?

5 TIPS ELAK KESILAPAN SEMASA BELI INSURANS KERETA

1. Tak buat research dengan betul

Beli insurans kereta bukan lah macam beli baju. Boleh sambar mana-mana tanpa pemahaman yang betul.

Kita kena faham setiap polisi yang ada dalam insurans kereta sebelum proceed. Baru lah tak ternganga bila dah tahu ada polisi yang tak cover mana-mana kerosakan.

2. Tak buat perbandingan dengan syarikat insurans lain

Bandingkan harga, polisi dan jenis insurans kereta dengan pelan insurans lain. Bila buat perbandingan baru kita boleh dapat agak sama ada syarikat insurans reliable atau tidak.

Tak semua syarikat tawarkan servis yang bagus bila kita buat tuntutan.

3. Terlalu banyak atau terlalu sedikit coverage

Ramai yang tersilap langkah dalam mengambil insurans kereta. Selagi boleh paling murah, paling murah lah dia nak.

Tapi tengok-tengok time nak claim semua tak boleh dan jadi renyah.

Ada juga yang beli insurans mahal, tapi time claim rupanya kerosakan ditanggung sendiri.

Jadi pemahaman yang betul juga penting dalam nak menentukan polisi yang baik. Murah atau mahal bukan perkara pertama perlu diambil kira.

4. Tersalah maklumat dalam permohonan

Paling tak syok sekali bila kita tersalah letak info dalam permohonan kita. Lain jadinya nanti.

Kalau dapat tahu ada kesalahan, cepat-cepat bagitahu syarikat insurans kita untuk buat amendment.

Elakkan juga menipu dalam memberi maklumat permohonan. Bila mereka dapat tahu, boleh jadi insurans kita kena cancel secara serta merta.

5. Tak buat semakan selepas permohonan

Bila dah dapat dan lulus insurans tu, tak double check pula semua maklumat yang ada.

Bahagian ni paling penting, kalau terlepas pandang perlindungan tambahan yang kita minta macam mana? Kan naya tu.

Tak pasal-pasal tak dapat coverage nanti.


Seboleh-bolehnya study dulu polisi insurans kereta setiap syarikat. Fahami setiap polisi baru decide nak beli.

Kalau runsing sangat, ambil je insurans kereta dari Carver! Ada comparison untuk syarikat lagi.


Terhidu bau gas dalam kereta? Baca di sini

Tak pasang dashcam pun tak apa? Baca di sini

Nak renew insurans dan roadtax motor? Klik di sini

Nak transfer ownership kenderaan? Klik di sini

Nak check NCD kereta? Klik di sini