Penyebab utama kemalangan jalan raya di Malaysia

Ikutkan kat Malaysia ni hari-hari kita baca news ada kemalangan jalan raya. Masa PKP je kurang sebab jalan raya tak ada kereta dan motor.

Sekarang pergi mana-mana pun dah boleh. Kita semua dah mula bergerak bebas dan sememangnya kes kemalangan ni naik balik.

Tapi kenapa kemalangan kerap terjadi kat Malaysia ni?

Jom ambil peduli apa faktor kemalangan jalan raya yang boleh berlaku!


PENYEBAB UTAMA KEMALANGAN JALAN RAYA DI MALAYSIA

1. Guna telefon bimbit ketika memandu

Semua orang tahu guna telefon bimbit semasa memandu ni bahaya sampai boleh bawa maut. Tapi semua orang buat tak kisah dengan amaran ni.

Sudahnya, peratusan kemalangan memang tinggi disebabkan pemandu cuai main telefon semasa memandu.

Kita boleh jadi leka dengan telefon bimbit sehinggakan hilang kawalan semasa memandu. Sebab tu main telefon semasa memandu ni memang dilarang.

Ada sesetengah negara letakkan harga saman yang terlalu tinggi bagi mereka yang main telefon ketika memandu. Impaknya terlalu besar kalau kita abaikan!

2. Microsleep

Microsleep ni selalunya terjadi bila kita memandu jarak jauh. Kita tak akan sedar pun kita ter-microsleep, orang lain pun tak akan perasan. Ni namanya silent killer!

Microsleep ni biasanya jadi dalam beberapa saat sahaja. Semasa microsleep ni lah kita hilang fokus dan akibatkan kemalangan.

3. Langgar peraturan jalan raya

Apa peraturan jalan raya yang orang selalu tak ikut?

👉🏻 Langgar lampu isyarat merah
👉🏻 Memotong di double line
👉🏻 Masuk simpang tanpa signal

Memang kesalahan common yang kita selalu buat!

Langgar lampu merah mungkin dilihat sebagai perkara biasa. Tapi banyak sangat kemalangan maut melibatkan kesalahan ni.

4. Kecuaian pejalan kaki

Jangan ingat pejalan kaki pun tak buat kesalahan jalan raya. Melintas jalan dengan sendiri tanpa melihat keadaan sekeliling ni selalu sangat jadi.

Lagi-lagi yang melibatkan kanak-kanak tanpa pemantauan dewasa!

5. Jalan berlubang

Tak dinafikan keadaan atau kondisi jalan tu sendiri menyumbang kepada peningkatan kes kemalangan. Satu jalan lubang boleh makan berpuluh orang yang maut di tempat sama. Seram!

Sentiasa peka dengan keadaan jalan yang kita lalui setiap hari.


Apa nak buat bila kemalangan? Baca di sini

Penting ke pasang dashcam kereta? Baca di sini

Nak check NCD kereta? Klik sini

Nak kira harga roadtax semasa? Klik sini

Nak renew lesen memandu? Klik sini