Patuhi kadar had laju jalan raya di Malaysia

Pandu kereta dalam kawasan kampung ke, jalan raya ke atau highway pun, semuanya ada kadar had laju sendiri.

Tak boleh sesuka hati pecut kereta macam nak terbang. Jalan raya bukan hak milik kita, tapi hak milik bersama.

Sebab tu lah kita kena sentiasa pantau dan peka dengan kadar had laju jalan raya yang kita lalu setiap masa. Bukannya belajar had laju kat sekolah memandu je.

Haa pernah tak ambil tahu kadar had laju jalan raya di Malaysia untuk kereta?


PATUHI KADAR HAD LAJU JALAN RAYA DI MALAYSIA

Ini adalah kadar had laju kenderaan atas jalan raya di Malaysia:

Lebuh Raya (dua lorong) 👉🏻 110km/j
Jalan Persekutuan atau Jalan Negeri 👉🏻 90km/j
Kawasan Bandar 👉🏻 60km/j
Kawasan Sekolah 👉🏻 30km/j

Kadar had laju ni pun berbeza mengikut jenis kenderaan yang kita pandu. Boleh refer kat sini:

PATUHI KADAR HAD LAJU JALAN RAYA DI MALAYSIA
Sumber: JKJR

Apa jadi kalau anda memandu melebihi kadar had laju?

Yang pastinya, kena saman lah! Ni kadar saman untuk mereka yang memandu melebihi had laju:

👉🏻 Melebihi had laju lebih 40km/j: RM300

👉🏻 Melebihi had laju kurang 40km/j: RM150

Bukan setakat kena saman je, risiko tinggi untuk terlibat dalam kemalangan juga!

Lagi-lagi kalau kawasan yang ada haiwan liar lalu lintas atau kawasan bukit. Bukan jalan raya je ada risiko ni, highway pun sama juga.

Paling ramai abaikan adalah had laju di kawasan sekolah. Sebab tu banyak kemalangan melibatkan kanak-kanak di kawasan sekolah.

Ramai juga yang terlibat dalam kemalangan di lampu isyarat. Sebab masa lampu merah tu lah kita pecut laju-laju nak langgar lampu merah.


Peka lah dengan keadaan sekeliling, jangan sampai ragut nyawa keluarga orang lain.

Yang memandu slow sangat atas lebuh raya pun tak boleh juga. Tak pasal-pasal lebuh raya jadi sesak juga nanti.

Kalau selalu lupa dengan kadar had laju jalan raya, perhatikan dan ikut je penanda aras laju yang ada di sekeliling.


Apakah cara selamat memandu dalam jalan gelap? Baca di sini

Cermin kereta retak terkena batu kecil? Baca di sini

Nak renew lesen memandu? Klik di sini

Nak transfer ownership kenderaan? Klik di sini

Nak renew roadtax dan insurans motosikal? Klik di sini