Ketahui 5 cara hilangkan bau busuk dalam kereta

Busuknya bau kereta you!

Pishang lah bila awek cakap macam ni. Dah bawa kereta H ingatkan dapat tackle, rupa-rupanya bau kereta boleh jadi penghalang cinta!

Tak kira lah lelaki atau perempuan, kalau ada kereta jagalah elok-elok. Terutamanya bau dalam kereta kita sendiri.

Jom start ambil tahu cara hilangkan bau busuk dalam kereta!


Macam mana nak hilangkan bau busuk dalam kereta?

Ketahui 5 cara hilangkan bau busuk dalam kereta

1. Turunkan tingkap kereta sedikit setiap kali parking

Biarkan udara masuk setiap kali kita parking kereta. Kalau tingkap ditutup rapat selalu, maka kedap lah kereta tu!

Haba pun terperangkap dalam kereta lagi-lagi bila dibawah cahaya matahari yang terik.

2. Gunakan air freshener

Ni antara cara yang paling senang. Cari je air freshener yang ngam dengan hidung kita.

Ada sesetengah orang tak boleh pakai air freshener sebab tak tahan bau. Haa yang tu boleh cuba yang spray punya.

Sekarang air freshener pun ada banyak jenis bau. Cari lah yang sesuai.

3. Elak tinggalkan benda busuk dalam kereta

Ni yang selalu kita terlepas pandang!

Dah makan sedap-sedap dalam kereta, sampah pun lupa nak bawa keluar dan buang.

Tak memasal kereta jadi berbau, mengundang lipas pulak tu!

Lagi naya bila ada tinggalan air barang basah yang melekat dekat karpet kereta. Contohnya macam air udang atau ikan mentah.

Ni selalu jadi bila kita tak lapik dahulu sebelum letakkan barang groceries dalam kereta.

4. Gunakan charcoal atau biji kopi

Charcoal dan biji kopi ni antara bahan terbaik untuk hilangkan bau dalam kereta.

Boleh letak dalam bag jaring dan letak dalam kereta untuk beberapa hari untuk hilangkan bau kereta.

5. Kerap basuh kereta

Basuh kereta bukan sekadar luaran. Dalaman pun kena cuci juga.

Vacuum dan basuh karpet kereta tu. Barulah kuman pun tak terkumpul dalam kereta.

Seat pun sama kena bersihkan juga!


Macam ni lah bawa boleh bawa awek naik kereta kita. Bau kereta busuk pun boleh buat awek turn off tau!


Lipas pun ada dalam kereta? Atasi sekarang! Baca di sini

Nak lekat roadtax dengan cantik? Baca di sini

Nak renew insurans dan roadtax kereta? Klik di sini

Nak kira harga roadtax semasa? Klik di sini

Nak bertukar guna Etiqa Takaful? Klik di sini