Tanda-tanda coil magnet motosikal telah rosak

Tanda-tanda coil magnet motosikal telah rosak

Admin
in Uncategorized
Oct 21 ·

Tahu tak coil magnet ni apa?

Coil magnet ni adalah alat yang mengecas semula bateri motosikal kita selepas enjin dihidupkan.

Kalau coil magnet ni rosak, motosikal tak dapatlah nak berfungsi dengan baik. Nak tak nak kena bawa motor ke bengkel juga.

Tapi kita boleh dapat tahu ke tanda coil magnet ni boleh rosak? Ada tanda-tanda ke?

Boleh. Ada 2 tanda yang menunjukkan coil magnet motor kita telah rosak..


Tanda-tanda coil magnet motosikal telah rosak…

Tanda-tanda coil magnet motosikal telah rosak

1) Fius bateri

Benda pertama kita perlu buat adalah mencabut fius bateri motosikal kita. Bateri motosikal ni perlulah berada dalam keadaan baik barulah kita dapat periksa coil magnet kita.

Bila dah pastikan bateri dalam keadaan baik, kita boleh hidupkan enjin motosikal dan cabut fius bateri.

Kalau enjin motosikal mati selepas beberapa saat, maknanya coil magnet telah rosak.

2) Lampu motosikal

Bila hidupkan enjin motor, kita boleh tengok sama ada coil magnet rosak atau tidak di bahagian low and high beam lampu.

Kalau lampu jadi malap di bahagian ini, tandanya coil magnet memang dah rosak atau bermasalah.


Kalau ada 2 tanda diatas ni, memang sah lah coil magnet tu dah rosak. Nak taknak kena ganti baru.

Tapi apa pulak punca coil magnet ni boleh rosak?


Ni antara punca utama coil magnet motosikal jadi rosak…

✅ Masalah wiring
✅ Bateri problem
✅ Tak ganti coil magnet
✅ Tak peka dengan had mileage motor

Seeloknya, kita kena sentiasa pantau 4 punca di atas ni sebelum coil magnet tu rosak sendiri. Coil magnet rosak ni boleh bawa kepada masalah lain juga pada motosikal kita.


Nak motorsikal sentiasa dalam keadaan baik, coil magnet ni pun kena jaga. Barulah tak pishang tengah jalan masa ride.


Kereta rasa bergegar bila memandu? Baca di sini

Nak tahu cara memandu di simpang tiada isyarat? Baca di sini

Nak renew insurans dan roadtax motor? Klik di sini

Nak renew kira harga roadtax? Klik di sini

Nak transfer ownership kenderaan? Klik di sini

    Comments are closed

    created with