Kereta dilanggar penjenayah, boleh claim insurans?

Mesti anda pernah tengok video yang viral kat Facebook dimana polis berkerjaran dengan penjenayah yang cuba nak larikan diri dekat atas jalan raya? Syarikat insurans bagi perlindungan ke? Boleh ke nak claim insurans?

Dalam situasi macam ni, akan ada pengguna jalan raya yang lain cuba untuk membantu polis. Mereka cuba halang penjenayah tu dari lari dan sanggup mengorbankan kenderaan mereka.

Kenderaan mereka dilanggar penjenayah yang cuba memboloskan diri dan ada lah sedikit kerosakan seperti kemek, calar dan sebagainya.


insurans kereta, syarikat insurans, claim insurans

Persoalannya, boleh ke anda claim insurans kalau tolong polis halang kenderaan penjenayah?

Jawapan dia….. anda boleh claim insurans!

Anda boleh buat tuntutan Knock-For-Knock Own Damage (KFK-OD) kepada syarikat insurans. Yelah, bukan salah kita sebab kita hanya cuba untuk membantu polis halang penjenayah.

Penjenayah terlepas, polis kena terus mencari. Nanti kita pulak dibelenggu rasa serba salah!


Persoalan kedua, NCD kita akan dipotong tak bila renew insurans nanti?

Tidak. Jangan risau, NCD insurans tak akan ditolak kalau insurans masih aktif. Kita kena buat laporan polis kat balai terdekat dan call syarikat insurans dengan serta merta. Bila ada bukti laporan polis, baru lah senang proses nak claim insurans.


Berapa pulak jumlah claim insurans yang kita dapat?

Okay, nilai claim insurans tu adalah berdasarkan jumlah coverage yang kita ambil. Sama ada kita ambil insurans Agreed Value atau Market Value.

Contoh bagi Agreed Value:
Kereta baru harganya RM45,000. Bila renew insurans pada tahun kedua, Agreed Value jadi RM42,000. Jadi, kita boleh tuntut insurans sehingga RM42,000.

Contoh bagi Market Value:
Nilai kereta semasa renew insurans ialah RM42,000. Tapi, masa kemalangan berlaku nilai kereta dah turun menjadi RM40,000. Jadi, kita boleh tuntut insurans sehingga RM40,000 je.


Macam mana nak claim insurans? Boleh baca di sini

Kenapa tuntutan boleh ditolak oleh syarikat insurans? Baca di sini

Lesen dah expired, nak renew? Klik di sini

Nak transfer ownership kereta atau motosikal? Klik di sini

Nak kira harga roadtax? Klik di sini

Nak check NCD? Klik di sini