Jangan jadi mangsa kes-kes penipuan insurans kereta!

Zaman sekarang ni memang makin ramai orang yang cuba ambil kesempatan untuk menipu kita sebagai seorang pelanggan atau pengguna insurans. Macam-macam cara mereka cuba untuk memperdayakan orang ramai tentang insurans.

Kes penipuan dalam insurans ni memang dah kerap sangat berlaku. Sama ada penipuan terhadap atau oleh syarikat insurans, pengendali takaful, ejen-ejen insurans ataupun pengguna sendiri!


3 JENIS PENIPUAN INSURANS YANG KERAP BERLAKU

kes-kes penipuan insurans kereta

1. Buat tuntutan palsu

Ada pemegang polisi cuba untuk buat tuntutan palsu ni buat sebab nak duit je! Sengaja bakar atau sengaja hilangkan kereta, semata-mata untuk dapat ganti rugi dari syarikat insurans!

Ada juga bengkel kereta yang bersubahat dengan pemandu untuk sengaja ada adakan kemalangan supaya mereka dapat kebenaran untuk repair kereta. Jadi, mereka terima lah duit dari syarikat insurans untuk ganti rugi!

Menipu tentang kematian disebabkan nak dapatkan bayaran manfaat insurans hayat semata-mata pun ada juga. Dahsyat betul!

2. Jumlah kerugian yang ditambah-tambah

Pemandu kereta yang buat tuntutan lebih-lebih untuk ganti rugi kerosakan kereta atau kecederaan kecil. Kereta calar mungkin dia cakap kereta dia kemek.

Bagi kes kecurian kereta pulak, kereta dipecah masuk dan hanya ambil duit syiling tapi buat tuntutan atas kehilangan barang-barang berharga seperti emas. Tak logik lah kan?

Ada juga orang yang sanggup hasut pihak hospital atau klinik untuk tinggikan harga bil supaya mereka dapat buat tuntutan lebih.

Jangan lah jadi seperti ni ya! Tak pasal-pasal kantoi nanti kena tangkap dah merana pulak!

3. Ejen yang tak berdaftar

Jangan sesekali beli insurans kereta dari ejen yang tak berdaftar! Memang mendapat nanti.

Masa nak beli plan insurans kereta, mesti lah macam-macam yang dihujahkan. Semuanya indah-indah belaka. Tapi, bila nak buat tuntutan insurans, semua benda tak boleh pulak!

Rupanya, yang kita bayar insurans mahal-mahal tu.. tak wujud pun insurans kita! Jadi, lebih berjaga-jaga lepas ni. Pastikan anda periksa dulu sama ada orang yang anda tengah deal tu adalah ejen yang berdaftar.


Tips untuk dapatkan insurans kereta terbaik? Baca di sini

Kereta eksiden! Macam mana nak claim insurans? Baca di sini

Lesen dah expired, nak renew? Klik di sini

Nak transfer ownership kereta atau motosikal? Klik di sini

Nak kira harga roadtax? Klik di sini

Nak check NCD? Klik di sini