Carver_Kereta-tenggelam-banjir

Kereta tenggelam dalam banjir boleh claim insurans?

Admin
in Roadtax & Insurans
Dec 29 ยท

Banjir kali ni memang teruk di Selangor. Di Shah Alam, banyak kenderaan yang tersadai di highway Federal dan di kawasan Seksyen 13. Boleh ke pemilik kereta yang tenggelam banjir ni nak claim dari syarikat insurans?

Air naik sehingga paras dada dan ramai rakyat yang tak sempat untuk selamatkan kenderaan mereka sebab hujan secara beterusan. Di Pahang juga sangat teruk, bukan separuh badan kereta yang tenggelam, sampai ke bumbung!

Ada juga yang cuba selamatkan kenderaan mereka di kawasan basement sampai ada yang lemas. Bahaya tuan puan!

Kalau anda dah biasa renew insurans kenderaan anda sendiri dan bukan melalui runner atau agent, anda mungkin dah tahu tentang perlindungan banjir ataupun ‘special perils‘ yang memberi perlindungan untuk bencana alam!

Perlindungan ni dapat bantu anda untuk tanggung kos kerosakan kereta yang disebabkan oleh keadaaan banjir yang sedang berlaku ni.

Jika anda pemegang polisi insurans komprehensif, anda boleh tambah perlindungan yang bernama ‘special perils‘ ni untuk sebarang kerosakan yang disebabkan banjir, ribut, tanah runtuh ataupun bencana yang lain.

kereta banjir insurans claim

Berapa kos nak tambah untuk perlindungan banjir?

Kos untuk tambah ‘special perils’ ni dalam 0.25% dari jumlah diinsuranskan (sum insured) untuk kereta anda.

Sebagai contoh, kalau insurans sum insured RM50,000.

RM50,000 x 0.25% = RM125

Jadi, harga yang perlu ditambah hanyalah RM125 je.

kereta banjir insurans claim

Semak dulu dengan syarikat insurans anda jika anda nak tambah Peril Khas ni sebab setiap syarikat insurans adalah berbeza pakejnya. Ada juga insurans seperti Etiqa yang mengenakan peratusan lebih rendah iaitu 0.225%.

Kalau kereta anda rosak dihempap pokok yang tumbang kerana ribut, anda tak dapat ganti rugi kalau tak ambil perlindungan ‘special perils’.

Jika anda ambil, kereta boleh diisytihar total loss dan anda akan menerima ganti rugi berdasarkan market value kereta semasa kejadian berlaku ataupun mengikut agreed value jika anda ada bayar lebih dari jumlah insurans.

Ramai yang ambil ringan tentang banjir sebelum ni dan tak ambil perlindungan ‘special perils’ untuk beli insurans yang murah.

Tapi disebabkan tempat-tempat yang tak disangka boleh banjir pun tahun ni mengalami banjir yang teruk, lebih baik kita sediakan payung sebelum hujan. Ini untuk elak kerugian yang lebih besar!


Pokok jatuh atas kereta, boleh claim insurans ke?

Macam mana kereta boleh jadi total loss?

Perlindungan insurans tambahan lain untuk kenderaan


Lesen dah expired, nak renew? Klik di sini

Nak transfer ownership kereta atau motosikal? Klik di sini

Nak kira harga roadtax? Klik di sini

Nak check NCD? Klik di sini

    Comments are closed

    created with