Claim insurans sebab pokok hempap kereta masa ribut?

Kadang-kadang kita letak kereta elok-elok tapi disebabkan kecuaian orang buat jalan raya ke landskap pokok jatuh pulak atas kereta. Ada waktu pulak tiba-tiba bencana alam macam rebut ke tanah runtuh habis kereta kena hempap pokok. Aduh memang banyaklah nak kena keluar duit nak repair.

Kalau situasi yang pertama, anda boleh je claim dengan pihak tersebut untuk ganti rugi. Itu memang hak anda untuk claim atas kecuaian mereka. Tapi untuk situasi kedua, tahukah anda sebenarnya anda anda boleh claim insurans?

Betul, anda boleh claim insurans sekiranya pokok jatuh atas kereta anda disebabkan bencana alam. Pastikan anda buat report polis terlebih dahulu dan laporkan ke syarikat insurans. Syarikat insurans akan kenal pasti kesahihan kejadian tersebut sebelum proses claim anda.

claim insurans

Tapi bukan semua yang ada insurans kenderaan boleh claim. Eh?

Betul, bukan semua boleh claim. Yang boleh claim hanya dalam polisi insurans kenderaan mereka ada special perils cover.

Apa itu Special Perils Cover?

Ia adalah perlindungan tambahan sekiranya berlaku kerosakkan disebabkan ribut, banjir, gempa bumi, tanah runtuh dan lain-lain bencana alam. Tertakluk kepada syarikat insurans pilihan anda. Lain syarikat insurans, biasanya lain yang mereka cover.

Berapa caj kalau nak ada perlindungan tambahan ni?

Kos untuk tambah Special Perils ni dalam 0.25% dari jumlah diinsuranskan [sum insured] untuk kereta anda. Sebagai contoh, kalau insurans sum insured RM50,000.RM50,000 x 0.25% = RM125. Hanya perlu bayar RM125 untuk tambah perlindungan!​ Contoh sekiranya berlaku ribut hingga kereta dihempap pokok, kita boleh terus claim dengan syarikat insurans.Sekiranya kereta total loss, kita boleh claim sehingga RM50,000!​

Sebenarnya kalau ikutkan dengan adanya perlindungan tambahan ini tak ada lah mahal mana kalau dibandingkan dengan kos kerosakkan yang anda bakal hadapi kalua berlaku sebarang kerosakan teruk Ketika bencana alam.

Jadi cadangan kami lebih baik sediakan perlindungan tambahan, sebelum ditimpa pokok! Tapi kalau langgar pokok macam mana? Klik sini baca

Lesen dah expired, nak renew? Klik sini
Nak transfer ownership kereta atau motosikal? Klik sini
Nak kira harga roadtax? Klik sini
Nak check NCD? Klik sini