Perkara anda perlu tahu tentang insurans motor!

Insurans motor ni tak sama macam insurans kereta dan insurans kenderaan lain. Sebelum renew insurans motor anda, ada beberapa perkara anda perlu tahu dulu!

insurans motor, claim insurans

6 PERKARA WAJIB TAHU TENTANG INSURANS MOTOR

1. Pemilik motosikal je dapat perlindungan

Siapa-siapa yang suka sangat bagi kawan ke adik ke pinjam motor, mohon lebih berjaga-jaga lepas ni.

Kalau lah ada kerosakan yang jadi disebabkan pengguna motor yang lain, syarikat insurans tak bayar ganti rugi untuk motor anda tau.

Bila anda tambah add-on coverage, semua pengguna motor lain akan diberi perlindungan yang sama. Sama macam insurans kereta juga. Kena daftarkan pemandu atas insurans yang sama supaya mereka pun dapat perlindungan.

Harga insurans motor akan jadi mahal sikit tapi berbaloi jika ada apa-apa berlaku.

2. Aksesori motosikal dicuri

Aksesori motosikal seperti cermin kiri dan kanan atau tayar yang hilang dicuri, syarikat insurans tak bagi perlindungan kepada motor anda.

Situasi berbeza jika motosikal anda dicuri, baru lah anda boleh buat claim insurans kepada syarikat insurans anda.

3. Rosak akibat peperangan

Peperangan mungkin tak akan berlaku di Malaysia ni. Sebagai info tamabahan, kerosakan motor yang disebabkan peperangan tak ada dalam polisi insurans.

Tapi, jika motor ada kerosakan akibat rusuhan, yang tu anda boleh tambah add-on coverage. Boleh hubungi syarikat insurans anda untuk info lebih lanjut.

4. Penunggang mabuk atau ambil dadah

Memandu semasa mabuk atau ambil dadah memang salah di sisi undang-undang. Jika kita di bawah pengaruh alkohol atau dadah dan bawa motor sampai menyebabkan kemalangan, syarikat insurans tak akan bayar ganti rugi.

Apa-apa kerosakan atau yang membabitkan kemalangan jiwa, kita sendiri perlu tanggung semuanya.

5. Kemalangan berlaku di luar negara

Kalau anda bawak motor ke luar negara dan apa-apa kemalangan yang jadi di luar Malaysia, polisi insurans tak bagi perlindungan. Polisi insurans hanya bagi coverage untuk dalam negara sahaja.

Kalau anda suka konvoi naik motor pergi ke luar negara, tambah lah perlindungan bagi kawasan atau negara yang nak pergi tu. Lebih baik sediakan payung sebelum hujan!

6. Rosak sebab bencana nuklear

Seperti mana bencana nuklear yang pernah berlaku di Chernobyl dan Fukushima tu, memang sangat teruk kejadiannya!

Kerosakan motosikal yang disebabkan bencana seperti ni memang tak dapat dilindungi oleh syarikat insurans. Jadi, anda memang tak dapat nak claim insurans.


Kenapa anda wajib ada insurans kenderaan? Baca di sini

Lesen dah expired, nak renew? Klik di sini

Nak transfer ownership kereta atau motosikal? Klik di sini

Nak kira harga roadtax? Klik di sini

Nak check NCD? Klik di sini