Ambil tahu 5 bahagian penting kereta dan fungsinya

Ramai tak ambil peduli pasal bahagian-bahagian penting kereta. Tahu pakai je, tapi tak reti nak kenal satu-satu.

Bila kereta problem je otak jadi jammed. Sebab takda ilmu langsung pasal penyakit kereta ni!

Sebenarnya semua pemilik kereta kena tahu ada 5 komponen kereta yang terpenting. Tak tahu 5 benda ni, alamat kelaut lah penjagaan kereta kita…


5 bahagian penting kereta yang perlu diketahui…

Ambil tahu 5 bahagian penting kereta dan fungsinya

1. Bateri kereta

Takda bateri kereta, tak hidup lah kereta kita tu! Sebab tu kalau bateri pun dah problem, memang tak jalan langsung lah kereta.

Biasanya kalau nak jalan jauh, bateri kereta adalah benda pertama kita kena periksa.

2. Tayar kereta

Tayar kereta ni bukan setakat wajib ada. Tapi wajib elok!

Kalau dah botak sana sini atau bunga tayar pun hilang, bergolek lah kereta atas jalan nanti.

3. Brek

Brek adalah satu komponen kereta yang kita kena banyak hati-hati. Kalau tekan brek je ada keluar bunyi, kena bawa bengkel cepat.

4. AC Compressor

AC compressor ni berfungsi untuk salurkan udara sejuk dan selesa dalam kereta. AC compressor ni antara bahagian yang paling common untuk rosak.

Lagi-lagi bila kereta dah berusia. Bila cuaca panas je, memang jadi pisang salai lah kita dalam kereta.

5. Kipas enjin

Biasanya kalau suhu kereta naik tiba-tiba ni disebabkan kipas enjin tak berfungsi dengan baik.

Ni terjadi sebab kipas enjin tak berpusing dan tak generate udara untuk memasuk ruang dalam enjin kita.


Bahagian kereta ni ada banyak. 5 bahagian kereta ni antara terpenting untuk kita ambil tahu fungsi dan penyakit boleh terjadi daripadanya.

Bila kereta ada masalah, 5 bahagian ni lah antara yang common jadi punca kerosakan. Ingat!


Ada bau busuk melekat dalam kereta? Ni cara hilangkannya! Baca di sini

Kereta rasa bergegar? Baca di sini

Lesen memandu dah expired? Renew di sini

Nak tahu harga roadtax semasa? Klik di sini

Nak transfer ownership kenderaan? Klik di sini