Bahaya beli kereta pernah tenggelam banjir!

Kereta pernah tenggelam banjir ni memang susah nak detect dengan mata kasar. Sebab takda kerosakan obvious macam kemalangan atau bencana alam yang lain.

Sebab tu lah sekarang seller senang nak jual kereta tenggelam banjir ni pada harga mahal yang sebenarnya markup gila-gila! Yelah, banyak je kereta baru je lagi tapi dah kaput masuk air.

Tapi pembeli takkan tahu punya. Itulah mindset seller kereta terpakai.

Haa jaga-jaga. Kenali sendiri macam mana kereta pernah tenggelam banjir ni sebenarnya.

BAHAYA BELI KERETA PERNAH TENGGELAM BANJIR!

Ini antara tanda-tanda kereta pernah masuk banjir…

✅ Bau busuk pada komponen enjin kereta

✅ Karat melampau pada body kereta

✅ Kesan air banjir pada seatbelt

✅ Kesan air atau pasir pada kabin kereta

✅ Sisa lumpur pada bawah karpet

Biasanya, seller dah dapat hapuskan bukti kereta dah tenggelam banjir ni sebelum menjual. Tapi ada banyak part tersembunyi yang tak boleh hilang melainkan ada buat penukaran komponen.


Ada dua masalah besar berlaku bila kereta dah masuk air banjir…

👉🏻 Masalah enjin

Masuk je air banjir dalam enjin kereta, maka bermacam masalah pada enjin kereta kita. Bila air banjir dah bercampur dengan enjin, kat sini lah bermula kerosakan pada komponen enjin kita.

👉🏻 Terbatal waranti

Waranti kereta biasanya ada perlindungan tertentu seperti masalah teknikal, mekanikal dan elektronik.

Untuk bencana alam, memang tidak termasuk dalam waranti. Kerosakan akibat banjir biasanya ditanggung sendiri atau menggunakan perlindungan insurans sahaja jika ada.


Hati-hati lah bila nak membeli kereta terpakai. Lebih baik buat pemeriksaan yang teliti dahulu sebelum membeli. Kalau tak, masak kita nanti!

Sekarang dah bermula operasi jual kereta terpakai Semenanjung ke Sabah dan Sarawak. Lambakan kereta terpakai dijual ke sana ni sebenarnya dari kereta tenggelam banjir juga.

Habis je musim banjir, 2-3 bulan lepas tu confirm banyak kereta masuk ke sana. Hati-hati!


Nak servis kereta? Periksa 5 benda utama ni!

Kenali 3 tanda thermostat kereta sudah rosak

Renew insurans dan roadtax kereta tanpa perlu ke JPJ!

Renew lesen memandu pakai Carver lebih mudah!

Boleh ke transfer ownership kenderaan secara online? Boleh!