Kereta rasa bergegar bila memandu? Ketahui puncanya!

Tak syok betul bila tengah drive tiba-tiba time nak brek tu lah kereta bergegar.

Buat kita panik, resah dan ganggu fokus nak teruskan pemanduan!

Padahal baru je keluar bengkel kereta ni. Macam mana pulak boleh jadi masalah gegar ni?

Sebab tu lah kena ambil tahu apa punca sebenar kereta kita bergegar. Baru lah tak kena tipu atau ragu-ragu dengan pomen sendiri!


Ni antara punca-punca kereta kita kerap bergegar…

Kereta rasa bergegar bila memandu

1) Masalah enjin

Sekiranya bahagian enjin kereta tak cukup suapan udara, bahan api atau percikan api, memang akan berlaku gegaran.

Kita boleh detect masalah ni bila kereta bergegar atau jerking semasa memecut.

2) Masalah Gandar

Selain masalah enjin, masalah gandar ni pun boleh detect masa memecut laju juga. Kalau gandar ni rosak, mudah terjadi kemalangan kerana masalah gegaran ni.

3) Brek rosak

Biasanya kereta ada alami masalah gegaran bila gegaran ni jadi masa kita tekan brek.

Ni berpunca daripada rotor brek atau rotok yang dipasang dengan sistem brek cakera.

Rotor brek ni mungkin bengkok atau lari daripada bentuk asal disebabkan jangka hayat atau gaya kita pandu kereta. Boleh juga jadi disebabkan permukaan jalan tidak rata.

4) Roda goyang

Kalau kita dapat rasa gegaran terus dari roda stereng, ini mungkin masalah roda goyang.

First, kita kena pastikan setiap roda diketatkan pada hab dengan bolt lug yang betul. Boleh juga terus gantikan dengan bering roda yang baru.

5) Masalah tayar

Ni antara simptom kereta bergegar punca dari tayar:

✅ Kereta bergegar pada kelajuan tertentu – masalah balancing
✅ Bunga tayar terpisah – tayar kena tukar baru
✅ Tayar tak rata – alignment lari
✅ Tayar bergolek tak sama – tayar kena tukar baru.


Kalau kereta anda pun ada masalah bergegar ni, cepat-cepat bawa ke workshop untuk periksa. Risiko kemalangan boleh terjadi kalau dibiarkan!

Adoi.. roadtax pulak mati?
Renew lah dengan Carver!


Dah tahu 5 punca kerosakan tayar kereta? Baca di sini

Kenapa suhu kereta boleh naik tiba-tiba? Baca di sini

Nak renew insurans dan roadtax kereta? Klik di sini

Nak renew lesen memandu? Klik di sini

Nak check NCD kereta? Klik di sini