Motosikal dicuri ni memang buat hati patah riuk! Kekal tenang dan ikuti prosedur ni untuk memudahkan urusan claim insurans anda dengan syarikat insurans.
Buat report polis serta merta ya, dalam masa 24 jam. Anda kena bawak geran motosikal dan juga polisi insurans.
Polis akan mintak keterangan jadi cuba untuk terangkan secara terperinci kepada polis. Lebih mudah untuk polis bantu anda nanti!
Anda perlu dapatkan salinan report dari polis untuk diberikan kepada syarikat insurans anda.
Pastikan insurans motor anda masih aktif ya!
PENTING:
Pastikan anda adalah pemegang polisi insurans komprehensif sebab hanya polisi insurans ni je yang boleh buat claim bagi kes kecurian.
Boleh dapatkan borang tuntutan dari syarikat insurans dan borang ni hanya boleh diisi oleh pemilik motor sahaja! Kemudian, adjuster dari syarikat insurans akan call anda untuk dapatkan testimoni secara lisan. Jadi, sekali lagi anda perlu terangkan apa yang berlaku.
Proses claim insurans ni mungkin ambil masa dalam 4 hingga 6 bulan. Syarikat insurans akan sediakan surat jika claim insurans lulus atau gagal.
Jika lulus, selalunya anda akan menerima offer claim berbentuk duit atau motor baru. Bila anda terima offer tersebut, anda perlu sediakan dokumen-dokumen yang diminta. Anda juga perlu rujuk bank kalau motor belum habis bayar.
Jika anda tak nak benda ni berlaku pada diri anda, sila lah lebih berhati-hati!
Letak kunci brek depan atau gunakan kabel atau rantai untuk kunci motor supaya tak senang nak ditolak oleh si pencuri. Jika nak lebih advanced, anda mungkin boleh pasang alarm motor.
Kadang-kadang kita dah habis berhati-hati tapi pencuri tetap berjaya jumpa jalan untuk mencuri. Sebab itu lah pentingnya untuk memiliki polisi insurans!
Bayangkan… tiada insurans. Nak claim pada siapa? Renung-renungkan!
Dapatkan insurans motor atau kenderaan lain di carver.my!
Perkara anda perlu tahu tentang insurans motor! Baca di sini
Kenapa anda wajib ada insurans kenderaan? Baca di sini
Lesen dah expired, nak renew? Klik di sini
Nak transfer ownership kereta atau motosikal? Klik di sini
Nak kira harga roadtax? Klik di sini
Nak check NCD? Klik di sini