Saman belum bayar, boleh renew roadtax ke?

Soalan ni selalu juga kita dengar. Bila dah nak dekat masa kena renew roadtax dan insurans, baru lah teringatkan saman-saman yang menggunung tak berbayar lagi.

Boleh ke renew roadtax dengan saman yang belum dibayar?

Jawapannya… memang tak lepas!

Kalau ada saman yang belum bayar, kita tak boleh renew roadtax! Jadi, bayar lah dulu saman PDRM ke JPJ ke.

Kalau anda ada saman dari JPJ, lebih baik setelkan cepat-cepat! Saman JPJ lagi bahaya sebab denda lagi mahal dari PDRM. Ada jugak beberapa jenis saman yang kalau kita tak bayar, nama kita boleh kena blacklist tau!


saman jpj, saman pdrm, polis trafik, renew roadtax, renew roadtax dan insurans

Jenis-jenis saman yang anda perlu tahu!

1. Saman kena blacklist

Jenis saman yang boleh blacklist kan nama kita akan menyusahkan kita bila nak renew roadtax dan insurans kereta.

Contoh kesalahan yang boleh dapat saman kena blacklist adalah — Pandu tanpa lesen, lesen expired, roadtax dan insurans expired dan tak pakai helmet atau seatbelt.

Dapat saman jenis ni, terus selesaikan dengan segera!

2. Saman biasa

Jenis saman biasa ni seperti speedtrap atau kesalahan parking.

Kalau tak bayar saman ni dan biar tertunggak lama, kita boleh kena saman yang lain pulak. Lagi lah banyak nak kena bayar nanti.

3. Saman majlis perbandaran

Jenis saman ni dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran macam saman DBKL, MPPJ dan lain-lain. Selalunya disebabkan hal-hal parking macam tak ada letak kupon, double park atau tak parking kereta dalam kotak kuning.

Kita ada 45 hari untuk setel kan saman dan saman ni akan masuk sistem JPJ tau!

4. Saman dari pemilik kereta sebelumnya

Kalau kita beli secondhand dan ada saman yang tertunggak sebab owner sebelum tak bayar lagi, jangan risau!

Kita tunjuk kepada pihak JPJ dokumen pembelian kereta, dokumen tukar nama dan geran kereta. Bila ada bukti, tak ada masalah lah nanti dan kita tak perlu bayar pun saman tu.

Akan jadi satu masalah besar bila kita beli kereta secondhand tapi tak tukar nama. Susah sikit untuk buktikan pembelian. Silap-silap kita pulak yang kena tanggung nanti.


Kenapa anda patut renew roadtax, insurans dan lesen dengan Carver? Baca di sini

Hanya 3 langkah mudah untuk renew roadtax dan insuran online di www.carver.my! Kalau anda nak semak No Claim Discount (NCD) boleh klik di sini.