PERSOALAN TENTANG INSURANS KERETA TERJAWAB

5 persoalan penting tentang insurans kereta

Admin
in Roadtax & Insurans, Tips
Apr 13 ·

Kalau boleh dari perkataan pertama sampai habis dalam polisi insurans tu kita nak ejen tolong explain.

Takut juga kan kalau tak tanya nanti tak tahu. Nanti apa-apa jadi semua terpinga-pinga.

Tapi renyah lah kalau ejen nak explain satu persatu. Panjang tu!

Jom kita ambil tahu sendiri antara persoalan-persoalan yang sering jadi tanda tanya orang pasal insurans kereta.


5 PERSOALAN PENTING TENTANG INSURANS KERETA

Apakah 5 persoalan yang sering ditanya tentang insurans kereta?

1) Apakah polisi perlindungan insurans saya?

Tak semua polisi ada perlindungan yang sama. Jadi kita kena ambil tahu antara 3 perkara penting dalam sebuah perlindungan kenderaan…

👉🏻 Kadar dan had perlindungan
👉🏻 Kadar sumbangan / premium yang dikenakan
👉🏻 Pelan tambahan yang dilindungi

Bila kita tahu semua ni, senang lah untuk kita buat perbandingan spesifikasi produk, kadar premium dan perkhidmatan yang pengendali insurans tawarkan.

2) Adakah semua jenis kerosakan akan dilindungi insurans?

Malang tak berbau boleh berlaku. Sebelum apa-apa jadi, ambil tahu dulu adakah setiap kerosakan atau kemalangan akan dilindungi insurans?

Tak nak lah nanti kereta tersadai lama di bengkel sebab rupa-rupanya kita terpaksa tanggung kos tersebut!

3) Siapakah penama yang layak claim insurans saya?

Sekarang banyak dah syarikat yang meletakkan clause ‘all drivers’ atau ‘authorized drivers’ untuk lindungi kesemua pemandu kereta kita.

Tapi tak semua syarikat guna kaedah ni terutamanya insurans konvensional. Jadi periksa betul-betul.

4) Patut ke saya ambil pelan yang paling murah?

Murah atau mahal itu terpulang kepada pemilik. Yang penting adalah polisi perlindungan tersebut sama seperti yang kita mahukan dan lindungi kita dalam banyak keadaan.

5) Berapa lama proses claim insurans ni?

Soalan ni antara soalan pertama orang sering tanya bab insurans.
Takut juga nak claim tu nanti jadi terlalu lama sangat proses.

Bab tempoh claim sebenarnya atas pemilik insurans tu juga. Kalau semua dokumen telah lengkap dan tiada apa-apa masalah, insurans laju je nak lulus claim.

Tapi bila kita sendiri tak lengkapkan dokumen atau melambat-lambatkan permohonan, maka lama lah nak proses claim tu nanti.


Kereta kena langgar kena kereta yang tak ada insurans? Baca sini

Nak tahu cara kurangkan premium kereta yang tinggi? Baca sini

Nak check NCD kereta? Klik di sini

Nak renew roadtax kereta? Klik di sini

Nak transfer ownership kereta? Klik di sini

    Comments are closed

    created with