3 tips simpan wang untuk bayar insurans kereta

Renew insurans dan roadtax kereta setahun sekali. Sampai masa nak renew mesti mengeluh tak cukup duit nak buat renewal ni.

Selalu kan jadi macam ni? Boleh dikatakan setiap tahun nak renew tu lah jadi macam ni.

Konfem!

Yelah, nak keluarkan segedebuk amaun untuk membayar ni memang rasa berat. Tambah lagi kalau ada komitmen bulanan yang lain.

Sebab tu kita jangan buat renyah dari awal!

Sebenarnya lebih baik kita simpan wang berasingan untuk bayar insurans dan roadtax kereta ni dari awal lagi. Baru lah tak rasa berat bila tiba masa kena renew.


Ada 3 tips menabung untuk bayar insurans kereta…

3 tips simpan wang untuk bayar insurans kereta

1. Mula selepas bayaran akhir

Bila dah renew je roadtax, kita dah boleh mula menyimpan untuk next bayaran insurans dan roadtax kita.

Ambil je amaun bayaran akhir tu dan bahagi 12 bulan. Setiap bulan kita tahu lah berapa nak kena simpan.

2. Simpan di tempat beri pulangan

Kalau ada Tabung Haji atau ASB, lagi bagus!

Masukkan je duit kita tu kat situ, bila dah matang boleh dapatkan pulangan lagi.

Wang simpanan pun boleh jadi bertambah bila kita letakkan pada tempat yang boleh beri pulangan.

3. Main kutu

Main kutu pun satu cara terbaik nak simpan duit belanja kenderaan ni. Main amaun RM100-RM200 sebulan pun dah okay.

Sampai turn kita, boleh terus guna duit kutu bayar insurans dan roadtax!


Bila kita ada rancangan kewangan macam ni dari awal, tak ada lah rasa culas nak keluarkan tiap kali nak renew nanti. Duit dah ada, tinggal pakai je. Betul tak?

Jadi, dah boleh plan kewangan dengan betul. Banyak cara kita boleh guna untuk tak culas membayar di kemudian hari!


Pernah tahu 5 bahagian utama kereta? Baca di sini

Nak tahu cara selesaikan masalah kereta kena tunda? Baca di sini

Nak renew insurans dan roadtax kereta? Klik di sini

Nak renew insurans dan roadtax motor? Klik di sini

Tengah cari harga Etiqa Takaful kenderaan? Klik di sini